Monday, 13 June 2011

Walau Sebesar Atom....

Salam pagi dan sejahtera kepada para pembaca blog saya. Saya mulakan perkongsian pada pagi ini dengan memanjatkan kesyukuran kepada Al-Mulk yang berkuasa kepada alam ini. Terima kasih kerana diberikan rezeki dan kekuatan untuk terus mencurahkan rasa dan ilmu yang ingin saya manfaatkan bersama-sama kepada yg sudi berkongsi.
Ketika mengemas beg laptop setelah subuh tadi, di atas meja ada majalah ANIS yang telah beberapa kali di baca. Entah mengapa, majalah itu menarik perhatian saya semula. Ada sesuatu yang mencuit hati di muka hadapan majalah yang selama ini saya kurang berikan perhatian. Lihat di dalam gambar, saya telah bulatkan.

Haa... menarik bukan? TIP SHOPPING WAKTU MAGHRIB. Ini mengingatkan saya, petang ini di kawasan rumah saya ada pasar malam. Selalu saya perhatikan, lagi dekat matahari jatuh, bacaan Al-Quran di masjid berdekatan mengalunkan bacaan, kapasiti manusia yang berpusu-pusu 'shopping' di pasar malam juga bertambah. Selalu saya bersolat jemaah, di saf wanita cuma ada lebih kurang 6-10 orang sahaja, sedangkan dewan solat cukup luas untuk menampung kapasiti jemaah di pasar malam. Tapi tidak mengapa, mari kita berdoa, semoga minggu ini mereka berjemaah di masjid dahulu sebelum menyerang pasar malam, InsyaAllah.... Kalau nak tahu tip shopping waktu maghrib, kenalah miliki majalah ANIS ini, keluaran JUN 2011... baru lagi .... (hehehehe, promosi...promosi.... pasti ada yang terlintas, laa... ingat nak kongsi isinya... hampa... maafkan saya yer).

Tapi saya nak berkongsi sesuatu yang lebih bermakna lagi buat diri saya dan sebagai peringatan untuk saya dan pasti kepada kita semua yang sudi lagi membaca posting saya ini. Di dalam majalah yang sama, ANIS keluaran JUN 2011, m/s 8; Di bahagian DIET ROHANI (ni kira sarapan jiwa untuk mulakan hari, InsyaAllah) oleh Ustaz Amal; " Walau Sebesar ATOM... Pemilik hati yang sombong akan berkampung dan berair mata bersama penghulu sekalian para penyombong...." Gelus hati saya, kenapa BERAIR MATA? bacaan diteruskan dan saya kini mengerti dan mohon Allah jauh saya dan kita semua daripada virus sombong ini. "Salah satu sifat yang ALLAH SWT paling benci adalah sifat sombong. Apakah maksud sombong? Sombong ialah seorang yang menganggap dirinya besar dan hebat serta memandang hina dan rendah terhadap orang lain" Begitulah petikan di perenggan pertama.

Yang lebih menyentuh hati saya; "Daripada Ibn Mas'ud r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda; "Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada seberat ATOM daripada sifat sombong." Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW, " Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakaiannya itu indah atau kasutnya juga baik," Rasulullah SAW bersabda; " Sesungguhnya ALLAH SWT adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain." (Riwayat Muslim)

Ya Allah, didiklah hati-hati kami supaya lebih merendah diri dan tawaduk, bertakwa dan hanya mengikut segala perintahMU. Amin. Begitulah sedikit perkongsian yang ingin saya ketengahkan sebagai posting pertama saya buat hari ini. Sebenarnya, selepas solat subuh, saya menyemak diri... dan saya takut jika kejayaan semalam mendapatkan 100 pembaca membuatkan saya terpedaya dengan sifat sombong dan riak. Saya mohon dijauhkan daripada sifat yang tercela itu. Untuk hari ini saya berazam untuk lebih istiqamah dan berserah pada Allah untuk membuka hati-hati saudara seIslam atau bukan Islam untuk membaca perkongsian saya ini. Saya akan teruskan usaha perkongsian ini dan berdoa semoga ianya akan membaca kebaikan kepada kita semua. Tapi target atau matlamat tetap kena setkan, jadi saya berazam untuk melakukan tiga posting yang berfaedah kepada pembaca blog saya, InsyaAllah. Semoga Allah mudahkan urusan saya ini dan berikan saya ilham yang baik dan kekuatan untuk melunaskan janji saya. Amin.

Kepada sesiapa yang nak membaca ANIS ini, boleh mendapatkan di pasaran terdekat, dan kalau nak beli melalui saya juga boleh email kepada azila79aziz@gmail.com atau beli melalui kedai online saya. Harganya cuma RM 7.00 dan berbaloi sebagai bacaan santai untuk minda dan jiwa. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...