Monday, 13 June 2011

UJIAN SEBUAH KEBEBASAN

Sumber Google Images
"Tak salam mama pun....," saya menegur anak perempuan saya ketika menghantarnya ke sekolah. Dia hanya tersenyum manja... dan salam lalu peluk, " Take care mama....," katanya sambil melambai. Hati tercuit... patutnya saya yang katakan demikian. Ya Allah, selamatkanlah anakku dan jadikannya anak yang solehah, dan bimbinglah diriku untuk menjadi ibu yang baik dan solehah kepada anak-anakku. Teringat pula dekat si kecil yang masih tidur ketika dihantar ke rumah pengasuh. Alhamdulilah, Allah mudahkan, dia tidak merengek atau menangis. Risau juga selepas dua minggu cuti sekolah menghabiskan masa dengan dia... dia mmg manja. Terima kasih Allah kerana mudahkan urusanku pada hari ini.

Di radio kereta, coletah DJ Siti dan Pian berkumandang. Lalu terus ke masjid terdekat untuk merebut bonus dhuha. Oh, masjid belum buka dewan solatnya, tunggulah seketika. Slot motivasi pagi kedengaran, volume dikuatkan dan pen dikeluarkan untuk mencatat apa yang penting. Pagi ini Ustaz Hasrizal yang menyampaikan, UJIAN SEBUAH KEBEBASAN. Jadi kesempatan di blog ini saya gunakan untuk berkongsi melalui apa yang saya dapat fahami.

Yang terkesan di dalam minda saya adalah TAQWA dalah kunci untuk memimpin kebebasan. Manusia memang impikan kebebasan untuk mereka menjadi orang yang dapat berfungsi atau effective. Tetapi kebebasan juga boleh mencederakan kehidupan. Oleh yang demikian, kebebasan itu perlulah dipimpin. Bagaimana? inilah datangnya fungsi TAQWA di dalam kehidupan manusia.

Menurut Ustaz Hasrizal, Taqwa boleh difahami melalui dua perkara iaitu;
1. Kekal sedar
2. Kawalan diri yang baik.

Ermmm, ini amat berguna dengan kerjaya saya dan hampir sama dengan teori - teori kaunseling yang saya telah pelajari. Pengulangan ilmu yang saya kira amat baik pada diri saya. Bila kita bertaqwa, kita akan kekal sedar siapa diri kita.... HAMBA kepada Tuan Punya Alam ini... ALLAH. Jadi kebebasan kita akan dikawal dengan sifat tawaduk dan ubbudiyah. Selamat bukan.... jika kita memilih taqwa sebagai remote control kepada kebebasan dalam kehidupan kita. Kawalan diri pula akan datang selepas kita mengenali diri kita yang sebenar dan sedar apa yang harus kita lakukan.

Teringat saya kepada posting saya sebelum ini mengenai transformasi akhlak... saya mula menconteng kertas mengingati. Ya... Untuk kekal sedar, kita perlu semak diri kita menggunakan rukun Iman. Untuk mendapatkan kawalan diri yang baik, kita wajib faham penghayatan rukun Islam. Hasilnya kita hidup dalam kawalan kebebasan yang baik, iaitu Ihsan. Ini hanya teori yang terlintas di fikiran saya mungkin masih longgar. Tetapi jujur, inilah yang dapat saya kaitkan haasil pembacaan saya di dalam SOLUSI berkaitan akhlak dan mendengar tazkirah pagi melalui RADIO IKIM. Wallahualam... Semoga Allah membantu saya dan kita semua dalam memperbaiki kehidupan kita pada hari ini.

Masih melalui radio, harapan saya.... saya ingin meletakkan diri sebagai orang yang berjaya, tidak mahu menjadi orang yang terpedaya apatah lagi orang yang celaka. Cuba layari ini http://genta-rasa.com/2010/06/22/buku-mukmin-profesional/ . Saya mendapat kata - kata ini melalui buku mukmin profesional yang telah saya baca.... Renungkanlah bersama-sama  dan pilihlah untuk menjadi golongan yang mana.....Semoga kita mendapat yang terbaik daripada Allah di atas segala usaha ikhlas kita, InsyaAllah. Sekian perkongsian saya. Sehingga berjumpa lagi... selamat beribadat di dalam pekerjaan dan kehidupan. Amin...

Harga Buku : RM55.00

p/s : Untuk mendapatkan buku ini boleh email kepada saya di azila79aziz@gmail.com, atau melalui e-Store saya, sila klik pada butang e-Store di layout sebelah kanan, atau dapatkan di kedai - kedai buku berdekatan. Untuk pengetahuan, penulis ini juga merupakan ketua editor majalah SOLUSI dan ada membuat perkhidmatan latihan dan perundingan, sila layari http://fitrahperkasa.net/mukminpro.php InsyaAllah... Selamat membaca

1 comment:

  1. Insyallah, Ustaz Pahrol akan bagi ceramah di PRSB..yay, x sabar nak jumpe..=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...