Saturday 4 June 2011

Ensiklopedia SOLAT

Sumber; Google Image
Jalan - jalan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011. Mencari - cari bahan bacaan untuk menambah koleksi buku untuk dibaca. Matlamat untuk mencari buku yang dapat membantu membaiki kualiti solat. Memanglah, asasnya... kita 'tahu' solat tetapi bagaimana untuk menghidupkan roh solat itu supaya solat menjadi lazat? Itulah yang dicari - cari. Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah kerana direzekikan untuk menemui buku ini sebagai koleksi panduan solat. Mukasurat keseluruhan 470 helai. Memang tebal! tapi... sangat menarik cara penyampaiannya. Tidaklah berjela - jela sehingga menjadi ubat tidur yang mujarab. Buku ini saya jadikan rujukan untuk semakan peribadi. Contohnya, anak saya pernah bertanya tentang AIR di dalam Islam. Saya terangkan kepadanya dengan bantuan buku ini. Anak... bila melihat apa yang buku tulis, pengukuhan fahaman lebih bersikap terbuka dan menyerap. Pasti, bila anak dah bersekolah, anak - anak lebih percaya guru dan buku. Sebab, inilah fasa guru dan buku menjadi teman hidup anak - anak sepanjang perjalanan mereka dari tadika hingga ke universiti. Seperti saya sendiri, banyak menggunakan buku - buka yang dibaca untuk bukti mengukuhkan perkongsian saya dan anak-anak.
Berbalik kepada buku ini. Setelah memiliki dan menggunakannya kandungan buku ini, secara peribadi saya berpendapat setiap keluarga harus jadikan rujukan. Buku ini merangkumi ilmu tentang Fiqah, Falsafah, Sejarah dan Saintifik tentang solat. Ianya merupakan kombinasi fakta hukum dan sains.
Harga buku ini adalah RM100.00. Mahal? pada saya tidak untuk senaskah ilmu yang tidak luput. Pernah saya membeli pakaian anak sehelai berharga RM139.00. Hanya tiga bulan, anak membesar dan pakaian itu tidak muat dan disedekahkan kepada yang memerlukan. Rugi? tidak juga... dapat dikongsi pakaian itu dengan insan lain. Cuma yang nak saya tekankan, jika buku ini dibeli dan dibaca... Ilmu kita akan bertambah, buku dapat dikongsi ramai. Bonus tambahan untuk direbut; bila kita pinjamkan atau hadiahkan kepada rakan atau kenalan. Ilmu yang disebarkan menjadi buah amal untuk bekal akhirat. Itulah kelebihan bila kita membeli 'ILMU'.
Kalau rakan pembaca berminat untuk memiliki buku ini bolehlah melawati http://www.stormreaders.net/littlebookhut untuk belian secara online. InsyaAllah buku dijamin sampai ke pintu rumah dan ada jaminan. Namun, jika ada masa terluang bolehlah pergi ke kedai buku berdekatan untuk membelek dan membelinya.
Akhir kalam, saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan lagi kekuatan untuk berkongsi di dalam posting ini. Semoga perkongsian yang dimanfaatkan dan memberikan hidayah kepada kita semua. InsyaAllah.
Salam sejahtera semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...