Tuesday 21 June 2011

Petikan Buku Rahsia Perubatan Habbatus Sauda


Hidayah Publisher
 Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam." Aisyah r.ha. pun bertanya: " Apakah Al Saam itu?" Jawab Baginda s.a.w. "Mati." (Riwayat Al-Muslim)
Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda'" yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan "Nigellon" yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan "Nigellon" dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan "Histamine" dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan "Cisplatin",  yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat "Cisplatin" ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti "E Coli", "Strep.Fecalis" dan "Bacillus subtilis." Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.
Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: " Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i.   Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii.  Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi."

Buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda' yang dikarang oleh DOKTOR HASSAN SYAMSI BAASYA TERJEMAHAN : ABDUL KHAIRI AL-LATIFI yang diterbitkan oleh Al-Hidayah Publishers.
Sekiranya saudara/saudari berminat untuk membeli Habbatus Sauda, boleh PM saya.

KEMATIAN

Sumber Google Images
Salam kepada pembaca yang masih setia bersama blog saya yang masih saya kira 'lemah' dan bertatih lagi. Jam 7.30 pagi, radio didengar teliti. Pasti IKIM akan memberikan santapan jiwa untuk memulakan pagi. Tahniah.
Pagi ini, yg menyentuh hati saya adalah perkataan yang diulang 4 kali sepanjang tazkirah yang diberikan, 2 di awalan dan 2 di akhir..... dan saya kira, ianya suatu peringatan penting.
"Perjalanan menuju kematian telah bermula sejak kita dilahirkan" Gerun hati merenung bait itu. Timbul sedar dan ketakutan kerana buah bekalan belum cukup. Diri masih tercari-cari Ilahi. Menjadikan diri hamba kepada Tuhan masih dalam perjalanan. Jujur diri, masih tersasar bertuankan dunia dalam jiwa. Takut pada persepsi manusia..... takut pada ketinggalan trend, rupanya diri telah 'angkuh' pada yang mencipta saya. Ya Allah, ampun berdetik dalam diri yang kotor dan berdosa.
Tarikh kematian telah Dia tentukan... mungkin dalam detik jari ligat menaip posting ini, Malaikat maut merentap nyawa. Diri sendiri tidak tahu. Mungkin kerana 'tidak tahu' itu menjadikan kita tidak menyambut kematian seperti kita menyambut kelahiran yang kita nampak proses perut si ibu membesar. Anak di sambut meriah di balut kain lampin lembut.... diraikan kerana kita bersedia..... Jika detik kematian, jasad dibalut kain kapan yang belum tentu ada 'bekal' di rumah. Kenapa tidak disambut kematian seperti kelahiran? Kerana kelahiran itu fitrah yang bersih suci, kematian kita pula membawa bekal dosa atau pahala..... hanya diri dan Allah yang tahu. Diraikan tangis hiba.
Semoga apa yang dipelajari pagi ini melalui motivasi ringkas itu, menjadikan diri lebih cerdik meletakkan perancangan harian supaya segalanya adalah ibadah. Dengan mengharap, mati dalam keadaan yang baik, kesudahan yang baik, InsyaAllah. Di kala menulis, kepada yang membaca, hari - hari yang kita lalui BERHATI-HATILAH... saya sendiri sering tersasar.... namun kasih Allah lebih luas. Marilah kita bertaubat atas setiap nafas kita, beristighfar merendah diri sebagai hamba. Semoga kita menjadi hambaNya yang direzekikan 'kesedaran' hati sentiasa. Segalanya saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan diri saya yg kotor berdosa. InsyaAllah..... Untuk hari ini, marilah kita hidupkan mati di hati kita supaya hidup kita untuk kematian. Kematian bukanlah pengakhiran, tetapi kematian adalah permulaan hidup yang kekal sebenar... Ya Allah, jauhkan diriku dan diri kami semua daripada tertipu di sini, supaya kami berjaya di sana..... Amin
(Alhamdulilah pertamanya pada Tuan Punya Alam ini atas rezeki peringatan ini dan keduanya, terima kasih atas kedua ibubapa saya atas doa mereka pada saya yang tak pernah putus dan ketiga, terima kasih Ustaz Pahrol atas ingatan yang begitu menyedarkan saya....)

Monday 20 June 2011

LIMA PERKARA

Menurut Saidina Ali Karamallahu Wajhah, 5 perkara yang menghalang seseorang dari menjadi soleh,
(1) Berasa damai dengan kejahilan
(2) Rakus (tamak) kepada dunia
(3) Utamakan diri sendiri
(4) Riya' dalam beramal
(5) Ujub (membangga diri).
(Perkongsian daripada Ustaz Dr. Zahazan Mohamed)

SOLUSI ISU 33

Terbaru.... Buka untuk tempahan
RM 9.00

Sunday 19 June 2011

HABBATUS SAUDA = RAJA UBAT

oleh: Ustaz Wahid Abd Haniff
Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin kita dibiarkan mencari solusi sendiri di luar Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit pasti ada penawar nya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT” (riwayat Ahmad).
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
“Setiap kali Allah s.w.t. menurunkan penyakit, pasti Allah s.w.t. menurunkan ubat dan penawarnya” (Riwayat Hakim).
Habbatus sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati berbagai penyakit.
Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini di jumpai dalam makam Firaun Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam juga digunakan ahli pengubatan Yunani untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji habbatus sauda mengandungi 40 % minyak constan dan 1,4% minyak aviary, juga mengandungi 15 amino acid, protein, calcium, zat besi, sodium dan potassium. Sedangkan komposisi paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).
Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketika ilmuwan Islam melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui kebenarannya.
Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa ilmiahnya, Nigella Sativa telah digunakan di kebanyakan Negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit sham. Ditanyakan, apa itu penyakit sham. Beliau berkata, sham adalah kematian.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Syuwainiz ( habbatus sauda) adalah ubat daripada segala penyakit kecuali as-Saam iaitu mati” (Riwayat Tirmizi).
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Terdapat juga kajian yang mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.
Jintan hitam juga mampu untuk melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut. Air tersebut akan berubah menjadi kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan aduklah. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.
Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupa diarea, pening, gangguan pernafasan dan daya konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi Saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stres. Ini disebabkan Saponin yang terdapat dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolism karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stres.
Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui rahsia khasiat habbatus sauda yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ubat bagi segala penyakit. Mudah-mudahan ia dapat memantapkan lagi keyakinan kita terhadap Islam dan perubatan Islam.



Sumber: SOLUSI

Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu

Salam kepada pembaca, kesibukan membuatkan saya lebih banyak berkongsi dengan rakan pembaca menggunakan mana - mana bahan yang saya kira agak berguna untuk santapan jiwa dan minda kita. Baru kesempatan saya isikan masa untuk melihat apa yang baru di STORMREADERS. Alhamdulilah, kini Stormreaders telah menjadi pengedar untuk PRODUK MINSYAM dan saya amat menyokong 100% kerana saya percaya pada pemakanan sunnah ini - Habbatus Sauda.
Posting kali ini, saya ingin berkongsi kepada para pembaca mengenai pengamalan saya terhadap produk habbatus sauda ini ketika saya menyusukan anak - anak saya (kini Alhamdulilah, anak - anak dah berusia 7 dan 3 tahun). Untuk menggalakkan pengeluaran susu, saya mengamalkan petua lama - iaitu makan 'jintan hitam' atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda. Ramai yang bertanyakan pada saya, macamana nak masak jintan hitam ni. Saya pun tak pernah masak, tetapi saya makan capsule yang terdapat dipasaran dan ketika itu saya makan produk HPA. Alhamdulilah, berkat keserasian dan yang paling penting kerana IZIN ALLAH, pengeluaran susu bertambah. Kini, stormreaders pula menjadi pengedar bagi produk minsyam - habbatus sauda yang terkenal di syria. Alhamdulilah....
Jadi sebagai alternatif kepada produk - produk moden untuk mengalakkan susu ibu di pasaran, saya ingin mencadangkan kepada pengguna supaya mencuba habbatus sauda ini. Tiada alasan spesifik, tetapi saya lebih suka mengingatkan kita semua untuk merebut peluang mencontohi SUNNAH RASULULLAH. Sebagai seorang pengikut baginda, menjadi suatu kebaikan untuk kita memanjangkan sunnahnya. InsyaAllah.
Kelebihannya; berkat sunnah Rasulullah, InsyaAllah pengeluaran susu akan bertambah, dapat diberikan kepada anak yang tersayang, dengan harapan anak - anak menjadi anak yang soleh dan solehah, InsyaAllah. Selamat mencuba....


Biji Habbatus Sauda

Di bawah ini sedikit perkongsian kajian daripada ILMUWAN - ILMUWAN ISLAM, bacalah untuk melihat betapa berkualitinya makanan sunnah ini:

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, HabbasSauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa HabbasSauda dapat mengobati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedokteran menampilkan bahwa kandungan HabbasSauda antara lain:
  • Antiinflamasi, mengobati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengobati reumatik.
  • Analgesik, mengobati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengobati bau mulut.
  • Antivirus, mengobati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengobati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengobati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengobati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengobati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengobati sesak nafas (asma).

Untuk membeli atau sebarang pertanyaan, boleh email kepada saya azila79aziz@gmail.com
Untuk mendapat manfaat, saya cadangkan untuk pembeli menjadi ahli stormreaders untuk mendapat manfaat daripada pembelian produk minsyam ini.

Ciri - Ciri Utama Habbatus Sauda - Pemakanan Sunnah


7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:

monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.


2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

HABBATUS SAUDA

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus sauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
Keluaran terbaru dan Stormreaders kini adalah pengedar bagi produk MINSYAM. Untuk mendapatkannya; boleh e-mail kepada saya di azila79aziz@gmail.com


MSHS1001 Habbbatus Sauda Gold Capsule
RM 12.00 (sepapan)

MS Habbatus Sauda Gold Capsule (Box)
RM 144.00 (sekotak = 12 papan)

Cara pemakanan = 2 kali sehari




MONOLOG HATI...

MONOLOG HATI


AKU: Siapa yang ingin berdosa? Tidak! Jika mudah boleh memilih, pasti semua insan ingin jadi baik, ingin membahagiakan org lain dan ingin dibahagiakan. Tapi seringnya tetap begini..tetap berdosa dan berdosa. Walau sudah bertaubat dan serik untuk berdosa lagi. Tapi selalu tetap diulangi kesalahan. Oh Tuhan, mengapa begini? Aku ingin jd baik, aku cemburu dengan kebaikan org lain. Tapi mengapa aku tidak dpt jd seperti mereka?


DIA: Tanpa dosa seseorg tidak boleh jd baik. Sebab org yang merasa sudah baik itulah sebenarnya org yg tidak baik..
AKU: Tapi bukankah dosa akan dibalas dengan neraka?

DIA: Ya...
AKU: Habis..aku tidak mahu ke neraka...

DIA: Laluilah jalan ke syurga..

AKU: Aku tak mampu...Aku dah cuba,tapi tetap juga masih terus berdosa

DIA: Memang jalan kebaikan itu Allah sediakan atas segala kesusahan

AKU: Hingga menderita?


DIA: Ya..menderita dengan dosa, itulah dosa antara kebaikan

AKU: Tapi aku ingin jadi baik...

DIA: Bukankan lebih baik merasa diri tidak baik kerana memang hakikatnya kita tidak baik. Segala kebaikan adalah kepunyaan Allah. Seringlah bertaubat

AKU: Jadi..apa erti hidup ini?


DIA: Hidup seperti putaran roda.Hiasilah hati dengan taubat agar rasa kehambaan menjadi cermin diri, tidak lagi ujub (hairan diri) dengan kebaikan, tidak sombong dengan nikmat. Waktu itu hidup adalah untuk Tuhan. Waktu itu orang tidak berani dan terlajak dengan dosa lagi. Namun ujian tetap ada supaya peningkatan iman boleh terus berlaku.


AKU: Jadi sekarang?


DIA: Bimbanglah jika rasa berdosa dan rasa terseksa dengan dosa ini sudah tidak ada dalam hati. Jika bimbang dengan dosa ini sudah tiada ia pasti diganti dengan rasa berbahagia dengan kebaikan. Sedangkan itulah pintu kepada kelalaian dan keroskan yang maha besar.


Ya..hati kecil ini sering bermonolog..sering bertanya2..hakikat hidup..kenapa dan mengapa....walau sebanyak mana pn persoalan yang dtg..jwpannya tetap satu..kembali kepada Yang Maha Satu...Tuhan...jdkan aku mencintaiMu melebihi kecintaan ku kepada setiap sesuatu yang Engkau pinjamkan padaku...x perlu siapa tahu...cukuplah antara aku dan KAMU..
 
 

Saturday 18 June 2011

ANALOGI SEBATANG POKOK

Sumber ; Google Images
Belajarlah daripada KESABARAN dan KETABAHAN sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang KUKUH dan KUAT.
        Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia BELAJAR menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia dan juga haiwan.
         Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
         Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.
(Perkongsian Daripada; SOLUSI ISU 28, m/s 61)

SELAMAT HARI BAPA 2011

Salam kepada semua bapa - bapa di seluruh dunia. Selamat menyambut Hari Bapa 2011. Semoga menjadi bapa yang soleh dan pemimpin mukmin kepada kami semua... Semoga Allah merahmati kita semua di dunia dan di akhirat, InsyaAllah, Amin.....

Friday 17 June 2011

PROMOSI - MERAH JAMBU

Berita baik kepada ibu bapa yang ada anak - anak perempuan seperti saya... Hadiahkan anak - anak kita buku yang berfaedah dan padat dengan cerita yang mengandungi teladan mengikut Islam. Little Book Hut menawarkan tiga hadiah kepada 3 pembeli yang bertuah (3 pembeli terawal) kepada pakej berikut:


TIGA Pembeli Pertama, akan menerima pouch di bawah ini. (Lebih kurang saiz A4)


Setiap pembelian Pakej Si Puteri (RM 46.50) mengandungi dua buah buku yang bertajuk:
  • KISAH SI PUTERI : GAUN MERAH JAMBU (RM 25.00)
  • KISAH SI PUTERI : RIANG RIA DUNIA PERSAHABATAN (RM 21.50)
Kepada yang berminat, sila email kepada saya azila79aziz@gmail.com untuk pembelian pakej si puteri ini. Jika anda ingin menghadiahkan kepada orang yang tersayang.... sila layari page berkaitan dengan perkhidmatan pembungkusan hadiah kami. Klik sini untuk lihat pakej pembungkusan hadiah kami


          Sinopsis KISAH SI PUTERI: GAUN MERAH JAMBU

Ikuti kisah Puteri Arabella yang tampil membuat kebajikan dan terpaksa mengorbankan barang yang disayanginya demi insan yang lebih memerlukan. Dia mahu melihat orang lain gembira. Dia berharap gaun merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan rakannya gembira di hari lebaran.
Kali ini Puteri Dian Adelia terpaksa menggayakan gaun merah jambu yang bukan warna kegemarannya. Walaupun begitu, dia bahagia kerana dapat membantu kawan baiknya Izyan menyelesaikan masalahnya.
Hayati kisah Puteri Farisya yang gembira dapat membantu kanak-kanak miskin bergembira di hari raya. Walaupun sibuk dengan membuat kebajikan, dia tidak lupa dirinya sendiri. Gaun merah jambu tetap menjadi pilihan hati.
Selepas pelbagai ujian dilalui, akhirnya Puteri Qaira dapat berkongsi baju raya berwarna merah jambu bersama teman baharunya Rafika.
Puteri Humaira menerima hadiah istimewa bagi dipakai pada hari raya. Gaun merah jambu yang diberikan ayahandanya sungguh bermakna baginya.

Sinopsis KISAH SI PUTERI: RIANG RIA DUNIA PERSAHABATAN 
Memperkenalkan lima puteri iaitu Puteri Arabella, Puteri Dian Adelia, Puteri Farisya, Puteri Qaira dan Puteri Humaira yang akan menjadi teman dan menceriakan hidup adik-adik sepanjang tahun ini. Ikuti lima kisah menarik di bawah satu tema iaitu persahabatan.
Puteri Arabella, puteri yang terpaksa bertukar ke sekolah biasa atas arahan kedua-dua orang tuanya. Dia terpaksa mengharungi hidup berkawan dan berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar sekolah itu.
Puteri Dian Adelia, tidak disukai rakan-rakan lain kerana perangainya yang pelik. Namun, kemunculan rakan baharu membuatkan Dian Adelia tidak kesunyian lagi.
Puteri Farisya, suka berdamping dengan rakan-rakan baharunya. Sanggup menempuh hidup di dunia luar dari istana semata-mata mahu mengecapi nikmatnya berkawan.
Puteri Qaira, bermasalah dalam berkomunikasi di hadapan pelajar lain. Ujian demi ujian yang datang akhirnya Qaira berjaya melakukan yang terbaik.
Puteri Humaira, mempunyai rakan-rakan tumbuhan yang menjadi teman hidupnya.





Thursday 16 June 2011

TEKA TEKI IMAM GHAZALI rah.a

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.



Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”



IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”



Imam Ghazali = ”Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “



Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Wednesday 15 June 2011

Gerhana Bulan.... Rebutlah peluang tambah pengalaman, TAMBAH IBADAT

Saya nak berkongsi sesuatu yang penting saya kira... Dengar di radio IKIM tentang makluman ini dan ingin sebarkan pada semua yang sudi... saya pinjam posting rakan blog.... http://www.junaidiey.com/gerhana-bulan-penuh-16-jun-2011/#axzz1PJ7unQba Terima kasih......

Tadi aku sempat berjalan sambil bersiul-siul gembira di laman web angkasa. Bukan laman web angkasa lepas yang dihasilkan oleh Alien tetapi ia adalah Laman Web Rasmi Planetarium Negara.
Sesuatu yang menarik minat aku adalah info berkaitan program gerhana bulan penuh atau dalam bahasa Inggeris nya dikenali sebagai Total Lunar Eclipse.

Pada 16 Jun 2011, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penuh dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.Sempena Gerhana Bulan Penuh ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama Program Gerhana Bulan Penuh bertempat di Perkarangan Luar Masjid Negara  (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 16 Jun 2011 jam 1:00am hingga 7:00am.
Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Orang awam boleh juga membawa teleskop sendiri untuk program ini.
Bagi 1000 orang pengunjung terawal, akan diberikan sekotak Eclipse Mints, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..
Aturcara Program adalah seperti berikut:
1:00 a.m. – 7:00 a.m.     Pencerapan Gerhana Bulan Penuh
Pencerapan Planet Musytari, Marikh dan Zuhrah

Sesi Astrofotografi

Taklimat Gerhana

Kuiz Gerhana

3:00 a.m. – 4:00 a.m.     Solat Sunat Gerhana Berjemaah

7:00 a.m.                         Bersurai
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4301 / 4303 / 5484 atau  emel kepada kami lau@angkasa.gov.my (Cik Lau) / asmidarz@angkasa.gov.my (Cik Asmidar).

Wah! Bestnya kalau aku pun dapat berkunjung ke Planeterium negara mengikut aturcara program seperti di atas. huh! Sudah pasti inilah peluang terbaik untuk para jurugambar untuk mendapatkan gambar terbaik Gerhana Bulan Penuh.
Menurut Wikipedia, Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 21 Disember 2010, pada 08:17 UTC.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gerhana bulan!!! ok! noted. dah set di sticky notes dekstop.

Haaa.... saya nak pergi.... saya nak pergi.... ANDA?

Tuesday 14 June 2011

Hati - hati dan marilah kita selamatkan maruah Islam.

Selepas selesai posting sebelum ini, google punya google, terjumpa sesuatu dan sebak menular dalam diri. Kenapa? KENAPA mereka buat seperti ini? pasti jawapan akan terbiar tiada yang pasti, Saya tukar soalan, APA yang mesti kita buat dalam menghadapi situasi begini? Biarkan...? Kita patut marah bila orang hina Islam.... maruah agama kita, marah yang bagaimana? Pukul? memberontak? terpulanglah cara yang sesuai dan berhikmah, jangan sampai marah memakan diri. Contoh, berdemonstrasi, akhirnya ditangkap... kan mudarat tu.... Caranya, jangan 'disokong' product itu dan yang penting ambil langkah menjadi orang yang lebih teliti dan HATI-HATI. Cuba lihat gambar dibawah:
Sampai hati, kan terganggu solat ni... Nasib sahabat saya hadiahkan sejadah putih
Ni crocs ori... buaya tutup mulut...


Ni gambar crocs tiruan... jgn beli walau murah....  buaya di nganga dan hina Islam

Tiba - tiba saya terfikir... Patutlah yang ori buayanya tutup mulut.... simpan rahsia yer.... croc tak ori hina Islam. Ialah, kita tak mampu beli yang original tapi teringin nak pakai crocs jugak... so belilah yang sama tapi serupa, tapi rupa-rupanya? Ke dia ada connection.... mmg sengaja wujudkan yang ori mahal supaya semua cenderung beli yang murah dan akhirnya berjaya membuatkan orang Islam meletakkan kalimah Allah di kaki. Saya rasa nak menangis... Mari kita semua bertaubat. Cepat, check buaya-buaya yang terdapat di rumah kita..... jika benar, cepat hapuskan. Ya Allah ampunkan kami atas kelalaian kami.... Semoga perkongsian ini membuatkan kita lebih BERHATI-HATI.
Kalau kita qanaah' tentu lebih tenangkan.... Wallahualam.... 

SEJADAH PUTIH

Alhamdulilah, direzekikan hari ini dapat bersolat maghrib di rumah dan selesai menunaikannya. Jarang dapat peluang begini. Terima kasih Allah. Ketika selesai membaca doa, termenung seketika melihat sejadah yang putih polos di depan mata. Teringat kepada sahabat yang menghadiahkan sejadah putih itu... Tangan ditadah, hadiah fatihah disedekahkan untuknya. Semoga Allah merahmatinya, pemberian sejadah putih kepada saya begitu bermakna kerana dengannya membantu saya lebih melatih kusyuk di dalam solat. Saya ni agak sukar fokus fikiran kepada solat. Saya akui jujur. Fikiran selalu menerawang dan InsyaAllah, saya cuba melatih diri dan teruskan berlatih. Walaupun kita tahu mengerjakan solat, tetapi mencari jiwa dan menghidupkan ruh solat adalah suatu yang sukar dicapai. Tidak tahu orang lain, tetapi saya merasakan solat saya masih 'longgar'. Sebab itu saya perlu tajamkan lagi penghayatan kepada solat untuk meraih redha Allah. Semoga Allah hidayahkan kepada saya kekusyukkan dalam solat.
Teringat pula semalam, rakan sejawat bertanya ketika saya membentangkan sejadah putih 'kegemaran' saya itu. "Kat mana dapat sejadah ni?" saya kata kawan yang berikan, kalau dia nak saya akan usaha carikan. "Mestilah dia nak!" katanya. Melihatkan kesungguhannya, saya bertekad berusaha mencari untuknya. "Kalau ada akak nak 2 atau 3 yer". "Biar benar?" tanya saya mengulang kepastian.... "ya betul... nak," ringkas katanya.... tapi dapat saya rasakan kesungguhan.
Hari ini saya bertanyakan kepada sahabat saya. Dia gembira dan InsyaAllah akan berusaha dapatkan. Lamunan di sambung lagi.... "mama, boleh kakak ambil sejadah putih ni tak?" tanya anak perempuan sulung saya suatu ketika dulu. "Sejadah kakak banyak bunga laa.... kak selalu berangan masa solat!" laa... kata hatiku, besar juga peranan sejadah ni yer. "Ambil lah kakak," Dan bila berkongsi dengan sahabat saya... Lantas beberapa ketika, dia hadiahkan lagi sejadah putih untuk saya untuk kesekian kali. Kini, anak saya ada sehelai, saya ada sehelai.
Saya akui, sejadah putih ini membantu saya menghayati solat. Putih polos mengingatkan saya kapan kematian.Juga mengingatkan saya bersujud dilantai marmar putih bersih di dataran tawaf masjidilharam. Putih.... kosong.... saya rindukannya. Terima kasih sahabat atas pemberian yang dapat mengubat rindu walaupun ia hanya lapik cotton putih, tidak sehebat marmar putih, namun membantu saya melatih sifat ubbudiyah di dalam solat. Tapi nafsu masih tebal.... tangisan anak masih didengari ketika solat, bunyi enjin kereta diluar juga dapat dikesan jelas ketika solat. Ya Allah, jauhnya lagi kualiti solatku.  Atas dasar itu, jiwa solat saya harus kayakan.... bagaimana.... ILMU jawapannya. Saya berusaha membaca bacaan yang membantu jiwa dan saya akan terus berusaha. InsyaAllah.
Jika sesiapa pembaca ingin mendapatkan sejadah putih ini, email pada saya ye, azila79aziz@gmail.com. Bukan promosi, kebetulan sahabat saya bertanya ada ke yang berminat lagi.... jadi peluang ini saya kongsikan kepada yang berminat dan saya cuba usahakan. Niat saya jariah, untuk bantu kita semua lebih penghayatan di dalam solat. Gambar saya akan loadkan kemudian sebab camera saya tgh charge bateri. InsyaAllah. Dah azan, jom solat Isyak.... dan semoga kita diberikan kejayaan Islam. Amin

Yuk, kita hayati puisi ini, saya google tentang sejadah putih, terjumpa puisi ini;

Sajadah Putih

Di atas sajadah putih
Terbentang keagungan Maha Segala
Berhambur kemurahan tak terangkai
Dan berlimpah rahmat sepenuh-penuh

Di atas sajadah putih
Umat’ dina bersujud syukur muliakan Nama di atas langit segala langit
Hamba hina bersimpah pasrah berharap kemurahan Sang Pemurah

Di atas sajadah putih:
Kepasrahan dan kedinaan bersua Kemuliaan
Kefanaan datang menyapa Keilahian!
Denpasar, 1998

Pos Kupang, Edisi 13 Juli 2008 halaman 6

Alhamdulilah... Masih ada yang prihatin, tapi...

Telah sampai diperkarangan sekolah agama anak. Ingin membuat kejutan kepadanya. Kejutan sedikit, pasti dia suka, mama ambil dari sekolah. Peluang ini jarang didapati sebagai ibu yang berkerja.... Kebetulan habis meeting, terus ke sini, sempat. Masih awal 10 minit. Nak solat berjemaah asar dengannya.
Sepanjang perjalanan selepas menghadiri mesyuarat... kepala berfikir, meneropong sejauh mungkin. Bagus, kata hati.... PROGRAM "SAYANGI HIDUP ELAK DADAH SELAMANYA" atau S.H.I.E.L.D.S. Kreatif manusia ni bila di lihat pada acronym program, shield = perisai!  Itulah program yang bakal disertai kerjasama JPNWP, AADK, KEM. KESIHATAN dan JPAM. Ermm, melalui meeting dapat dilihat, pelbagai perspektif agensi terhadap insan berisiko ini.
Insan -insan ini telah disaring positif rokok, dadah dan HIV. Kini, tugas membantu, pencegahan dan pemulihan. Ligat berfikir, 5W1H..... nak membantu anak-anak ini. Dalam hati berdoa semoga program ini dilaksanakan secara efektif supaya dapat mengetuk pintu hati anak - anak yg sedang membesar ini. Ada yang telah tersasar... ada yang terjebak dan ada yang mangsa keadaan. Ini baru 160 yang dikenalpasti berisiko, diluar sana? Hampir waktu anak tamat sekolah.... persoalan hati masih mencari jawapan..... dimulakan dengan soalan, oh ayah... oh ibu.... rasanya, dimana anak-anakmu kini? Mari kita berdoa untuk anak - anak kita supaya Allah ilhamkan kita menjadi ibu bapa solehah, Amin

Pengalaman itu Anugerah Allah

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Ungkapan ini pernah diucapkan oleh seorang sahabat saya suatu ketika dulu. Hari ini, seorang sahabat baru yang dikenali melalui Facebook juga mengungkapkan frasa yang sama. Kedua - dua sahabat ini mengupas dengan 'berbuah' dan membuatkan diri terus berfikir.

Mula kepala ligat mengingati semula kata-kata mutiara yang pernah dikutip dan dijadikan semula benteng kekuatan diri. Allah maha besar... Allah maha pemurah. Dalam mencari... ada cara DIA menyampaikan hikmahnya. Diri sedar, rupanya... pengalaman yang pernah dilalui adalah rahmat pemberian Allah (seperti mengingati kata-kata sahabat saya seperti di atas). Cuba bayangkan kita lalui hari - hari tanpa mengingati apa yang kita lakukan semalam? Tidak ada satu pun memori - KOSONG. Pernah tak tonton filem 50 First Dates (2004)? atau dalam versi movie melayu pun ada jugak.... Seribu Kali Cinta (2010) (hehehe, hati tercuit, orang melayu ni mmg hebat bab cinta ni kan, org putih pilih 50 kali je, org melayu 1000 kali, jgn kecil hati, kebetulan ada perbandingan)
Haa... kan ker jenuh nak ulang buat perkara yang sama berkali-kali setiap hari? Cerita-cerita di atas pasal kekasih yang dicintai itu amnesia, tak ingat jadi kena sabar menghadapi orang seperti ini..... Tapi sebab cinta, segala-galanya di atasi (hehehehe, motivasi cinta ni). Jadi kalau kita cuba aplly cinta ni pada SI DIA, ALLAH, sebab cintakan Allah, segala-galanya hidup, jiwa dan raga pada Tuan Punya Alam. (Saya pun secara jujur sedang belajar menyintaiNya....InsyaAllah)
Jadi kesimpulan yang saya nak katakan di sini sebelum saya menutup laptop ini adalah; Hargailah pengalaman dan ingatan. Kalau hilang ingatan, kesian kita kan.....bila pengalaman tak ingat dah jadi orang yang 'sakit'. Sah-sah orang akan kata kita GILA. Macamana nak menghargainya? belajar dari pengalaman yang baik dan belajar juga dari pengalaman yang tidak baik utk elak dari berulang. InsyaAllah. Bila kita belajar kita adalah orang - orang yang bersyukur atas nikmat kurniaan Allah iaitu nikmat akal fikiran dan nikmat pengalaman.
Saranan saya lagi, bergaul lah dengan orang yang mempunyai ilmu yang baik, rendahkanlah diri untuk membuatkan kita merasakan diri tidak pernah cukup -MENCARI ILMU.
Sekian untuk kali ini... Saya berdoa kepada Allah semoga perkongsian ini akan membuahkan kebaikan kepada yang membaca dan kepada diri saya... InsyaAllah, Amin.

p/s: Tontonlah yer.... lucu.... and sweet... tapi sekadar tontonan sahaja tau. Ambil yang baik dan yang tak baik itu kita minta jauhkan, InsyaAllah.

Cukuplah Allah bagi Diriku

Asalamualaikum dan Salam pagi saya kepada para pembaca yang saya hormati. Saya doakan kita semua diberikan 'cuaca hati' yang baik di hari ini. Kerana cuaca hati memberikan kesan kepada kehidupan kita. Cuaca hati ini dapat kita kawal dengan taqwa dan iman. InsyaAllah. (Terima kasih Ustaz Pahrol atas ungkapan cuaca hati di dalam radio IKIM pagi ini)
Bertanyakan diri, hari ini refleksi diri yang dilakukan menunjukkan diri perlu lebih tabah berusaha dan berdoa serta bertawakkal. Di dalam diri mengharapkan Allah memberikan kekuatan dan petunjuk kepada jalan yang lurus dan benar untuk terus mengharungi hidup ini.
Cuaca hati diri mendung, kebetulan cuaca di luar juga mendung. Mengamati hati, cuba menafsir sesuatu. Ada sesuatu yang dikesalkan... namun perlu tidak putus asa. Tapi perlukan kekuatan, bagaimana? mengadu pada rakan, meluah pada blog? adakah hasilnya akan baik? tak salah mencuba, tetapi jangan letak harapan... pada manusia. Teringat kata - kata di dalam sebuah ceramah yang dihadiri. Tetapi, letakkanlah segalanya kepada Allah. Adu dan merintihlah kepadanya.... untuk usai kesedihan dan 'mendung' cukuplah dengan mendidik hati mengatakan;
"CUKUPLAH ALLAH BAGI DIRIKU"
Mendidik kehidupan bukanlah sesuatu tugas yang mudah dan enteng. Perlu ada ILMU... semoga Allah memudahkan perjalanan kehidupan kita dan kemudian berharap kehidupan kita berakhir dengan husnul khatimah. Amin..... InsyaAllah

sumber google images

Monday 13 June 2011

6 TERAPI AJAIB: IMAN AWET MUDA

Alhamdulilah, diberikan kekuatan daripada Allah untuk meneruskan posting ketiga saya untuk hari ini, seperti matlamat yang saya tetapkan untuk hari ini. Matlamat untuk esok, masih ditimbang - tara kerana sebagai manusia biasa yang lemah, saya agak keletihan di hari pertama bekerja selepas 2 minggu cuti sekolah. Bukan menyugut, tetapi berusaha menjadi seorang yang realistik dan tidak sewenang-wenang menjanjikan sesuatu yang tidak terjangkau. Hari pertama bekerja, surat - surat dan aktiviti bulanan di semak. Gelus hati.... jadual bulan ini agak padat. Esok ada mesyuarat, minggu depan ada kursus 2 hari, dan minggu seterusnya 'outstation'. Tigu minggu yang padat tetapi bukan alasan untuk mengurangkan usaha.... lintas hati mengetuk.... biar sederhana tetapi istiqamah. Awal saya mohon maaf, jika diri lemah dan mengharapkan sokongan positif. Bercakap mengenai sokongan, ALhamdulilah, saya berterima kasih kepada yang sudi membaca perkongsian saya. Alhamdulilah, di kala menulis, hit pengunjung telah mencecah 123. Ada sedikit peningkatan dan saya berdoa pada Allah supaya usaha saya ini terus diterima baik daripada pembaca. Jauh di dalam hati, saya amat bersyukur dan semoga ianya menjadi motivasi yang positif untuk saya terus berkongsi, InsyaAllah.

Perkongsian yang ingin saya isikan di sini berkaitan petua; Orang melayu memang terkenal dengan pengamalan petua yang baik-baik. Jadi petua yang ingin saya kongsi ini adalah petikan daripada Majalah FArdhu Ain, Kolum Wali Allah hasil tulisan ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor. Mari kita lihat:

1. Tutuplah pintu kesenangan, Dan bukalah pintu kesengsaraan.
2. Tutuplah pintu kesombongan, Dan bukalah pintu kerendahan.
3. Tutuplah pintu bersantai, Dan bukalah pintu perjuangan.
4. Tutuplah pintu tidur, Dan bukalah pintu berjaga malam
5. Tutuplah pintu kekayaan, Dan bukalah pintu kemiskinan
6. Tutuplah pintu harapan, Dan bukalah pintu persiapan menghadapi kemiskinan kematian (hehehe, tak perasan silap, pagi ni baru perasan).

Bunyinya agak menarikkan? mengelirukan? mengujakan? setiap terapi itu ada diterangkan secara santai di muka surat 95. "Enam terapi ini, percayalah jika diamalkan akan menjadikan iman kita sentiasa awet muda, taqwa kekal remaja, semangat tawakal sentiasa melimpah ruah dan akhirnya ia akan membuatkan kita benci pada dosa sebagaimana benci untuk dicampakkan ke dalam neraka......

Selamat merenung dan berfikir tentang keenam-enam terapi ini...... saya alu-alukan perbincangan untuk bertukar-tukar rasa dan buah fikiran. Semoga ianya dapat membina ukhwah yang sedang diperjuangkan, InsyaAllah, AMin


Harga Majalah : RM 10.00
Hubungi saya jika berminat memilikinya atau beli melalui e-Store saya
azila79aziz@gmail.com
juga terdapat di kedai buku berhampiran

UJIAN SEBUAH KEBEBASAN

Sumber Google Images
"Tak salam mama pun....," saya menegur anak perempuan saya ketika menghantarnya ke sekolah. Dia hanya tersenyum manja... dan salam lalu peluk, " Take care mama....," katanya sambil melambai. Hati tercuit... patutnya saya yang katakan demikian. Ya Allah, selamatkanlah anakku dan jadikannya anak yang solehah, dan bimbinglah diriku untuk menjadi ibu yang baik dan solehah kepada anak-anakku. Teringat pula dekat si kecil yang masih tidur ketika dihantar ke rumah pengasuh. Alhamdulilah, Allah mudahkan, dia tidak merengek atau menangis. Risau juga selepas dua minggu cuti sekolah menghabiskan masa dengan dia... dia mmg manja. Terima kasih Allah kerana mudahkan urusanku pada hari ini.

Di radio kereta, coletah DJ Siti dan Pian berkumandang. Lalu terus ke masjid terdekat untuk merebut bonus dhuha. Oh, masjid belum buka dewan solatnya, tunggulah seketika. Slot motivasi pagi kedengaran, volume dikuatkan dan pen dikeluarkan untuk mencatat apa yang penting. Pagi ini Ustaz Hasrizal yang menyampaikan, UJIAN SEBUAH KEBEBASAN. Jadi kesempatan di blog ini saya gunakan untuk berkongsi melalui apa yang saya dapat fahami.

Yang terkesan di dalam minda saya adalah TAQWA dalah kunci untuk memimpin kebebasan. Manusia memang impikan kebebasan untuk mereka menjadi orang yang dapat berfungsi atau effective. Tetapi kebebasan juga boleh mencederakan kehidupan. Oleh yang demikian, kebebasan itu perlulah dipimpin. Bagaimana? inilah datangnya fungsi TAQWA di dalam kehidupan manusia.

Menurut Ustaz Hasrizal, Taqwa boleh difahami melalui dua perkara iaitu;
1. Kekal sedar
2. Kawalan diri yang baik.

Ermmm, ini amat berguna dengan kerjaya saya dan hampir sama dengan teori - teori kaunseling yang saya telah pelajari. Pengulangan ilmu yang saya kira amat baik pada diri saya. Bila kita bertaqwa, kita akan kekal sedar siapa diri kita.... HAMBA kepada Tuan Punya Alam ini... ALLAH. Jadi kebebasan kita akan dikawal dengan sifat tawaduk dan ubbudiyah. Selamat bukan.... jika kita memilih taqwa sebagai remote control kepada kebebasan dalam kehidupan kita. Kawalan diri pula akan datang selepas kita mengenali diri kita yang sebenar dan sedar apa yang harus kita lakukan.

Teringat saya kepada posting saya sebelum ini mengenai transformasi akhlak... saya mula menconteng kertas mengingati. Ya... Untuk kekal sedar, kita perlu semak diri kita menggunakan rukun Iman. Untuk mendapatkan kawalan diri yang baik, kita wajib faham penghayatan rukun Islam. Hasilnya kita hidup dalam kawalan kebebasan yang baik, iaitu Ihsan. Ini hanya teori yang terlintas di fikiran saya mungkin masih longgar. Tetapi jujur, inilah yang dapat saya kaitkan haasil pembacaan saya di dalam SOLUSI berkaitan akhlak dan mendengar tazkirah pagi melalui RADIO IKIM. Wallahualam... Semoga Allah membantu saya dan kita semua dalam memperbaiki kehidupan kita pada hari ini.

Masih melalui radio, harapan saya.... saya ingin meletakkan diri sebagai orang yang berjaya, tidak mahu menjadi orang yang terpedaya apatah lagi orang yang celaka. Cuba layari ini http://genta-rasa.com/2010/06/22/buku-mukmin-profesional/ . Saya mendapat kata - kata ini melalui buku mukmin profesional yang telah saya baca.... Renungkanlah bersama-sama  dan pilihlah untuk menjadi golongan yang mana.....Semoga kita mendapat yang terbaik daripada Allah di atas segala usaha ikhlas kita, InsyaAllah. Sekian perkongsian saya. Sehingga berjumpa lagi... selamat beribadat di dalam pekerjaan dan kehidupan. Amin...

Harga Buku : RM55.00

p/s : Untuk mendapatkan buku ini boleh email kepada saya di azila79aziz@gmail.com, atau melalui e-Store saya, sila klik pada butang e-Store di layout sebelah kanan, atau dapatkan di kedai - kedai buku berdekatan. Untuk pengetahuan, penulis ini juga merupakan ketua editor majalah SOLUSI dan ada membuat perkhidmatan latihan dan perundingan, sila layari http://fitrahperkasa.net/mukminpro.php InsyaAllah... Selamat membaca

Walau Sebesar Atom....

Salam pagi dan sejahtera kepada para pembaca blog saya. Saya mulakan perkongsian pada pagi ini dengan memanjatkan kesyukuran kepada Al-Mulk yang berkuasa kepada alam ini. Terima kasih kerana diberikan rezeki dan kekuatan untuk terus mencurahkan rasa dan ilmu yang ingin saya manfaatkan bersama-sama kepada yg sudi berkongsi.
Ketika mengemas beg laptop setelah subuh tadi, di atas meja ada majalah ANIS yang telah beberapa kali di baca. Entah mengapa, majalah itu menarik perhatian saya semula. Ada sesuatu yang mencuit hati di muka hadapan majalah yang selama ini saya kurang berikan perhatian. Lihat di dalam gambar, saya telah bulatkan.

Haa... menarik bukan? TIP SHOPPING WAKTU MAGHRIB. Ini mengingatkan saya, petang ini di kawasan rumah saya ada pasar malam. Selalu saya perhatikan, lagi dekat matahari jatuh, bacaan Al-Quran di masjid berdekatan mengalunkan bacaan, kapasiti manusia yang berpusu-pusu 'shopping' di pasar malam juga bertambah. Selalu saya bersolat jemaah, di saf wanita cuma ada lebih kurang 6-10 orang sahaja, sedangkan dewan solat cukup luas untuk menampung kapasiti jemaah di pasar malam. Tapi tidak mengapa, mari kita berdoa, semoga minggu ini mereka berjemaah di masjid dahulu sebelum menyerang pasar malam, InsyaAllah.... Kalau nak tahu tip shopping waktu maghrib, kenalah miliki majalah ANIS ini, keluaran JUN 2011... baru lagi .... (hehehehe, promosi...promosi.... pasti ada yang terlintas, laa... ingat nak kongsi isinya... hampa... maafkan saya yer).

Tapi saya nak berkongsi sesuatu yang lebih bermakna lagi buat diri saya dan sebagai peringatan untuk saya dan pasti kepada kita semua yang sudi lagi membaca posting saya ini. Di dalam majalah yang sama, ANIS keluaran JUN 2011, m/s 8; Di bahagian DIET ROHANI (ni kira sarapan jiwa untuk mulakan hari, InsyaAllah) oleh Ustaz Amal; " Walau Sebesar ATOM... Pemilik hati yang sombong akan berkampung dan berair mata bersama penghulu sekalian para penyombong...." Gelus hati saya, kenapa BERAIR MATA? bacaan diteruskan dan saya kini mengerti dan mohon Allah jauh saya dan kita semua daripada virus sombong ini. "Salah satu sifat yang ALLAH SWT paling benci adalah sifat sombong. Apakah maksud sombong? Sombong ialah seorang yang menganggap dirinya besar dan hebat serta memandang hina dan rendah terhadap orang lain" Begitulah petikan di perenggan pertama.

Yang lebih menyentuh hati saya; "Daripada Ibn Mas'ud r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda; "Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada seberat ATOM daripada sifat sombong." Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW, " Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakaiannya itu indah atau kasutnya juga baik," Rasulullah SAW bersabda; " Sesungguhnya ALLAH SWT adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain." (Riwayat Muslim)

Ya Allah, didiklah hati-hati kami supaya lebih merendah diri dan tawaduk, bertakwa dan hanya mengikut segala perintahMU. Amin. Begitulah sedikit perkongsian yang ingin saya ketengahkan sebagai posting pertama saya buat hari ini. Sebenarnya, selepas solat subuh, saya menyemak diri... dan saya takut jika kejayaan semalam mendapatkan 100 pembaca membuatkan saya terpedaya dengan sifat sombong dan riak. Saya mohon dijauhkan daripada sifat yang tercela itu. Untuk hari ini saya berazam untuk lebih istiqamah dan berserah pada Allah untuk membuka hati-hati saudara seIslam atau bukan Islam untuk membaca perkongsian saya ini. Saya akan teruskan usaha perkongsian ini dan berdoa semoga ianya akan membaca kebaikan kepada kita semua. Tapi target atau matlamat tetap kena setkan, jadi saya berazam untuk melakukan tiga posting yang berfaedah kepada pembaca blog saya, InsyaAllah. Semoga Allah mudahkan urusan saya ini dan berikan saya ilham yang baik dan kekuatan untuk melunaskan janji saya. Amin.

Kepada sesiapa yang nak membaca ANIS ini, boleh mendapatkan di pasaran terdekat, dan kalau nak beli melalui saya juga boleh email kepada azila79aziz@gmail.com atau beli melalui kedai online saya. Harganya cuma RM 7.00 dan berbaloi sebagai bacaan santai untuk minda dan jiwa. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...