Friday 11 May 2012

KATIL OH KATIL

Sms seorang sahabat..... "zila jaga kesihatan, semangat betul ko uruskan katil-katil itu...." terima kasih sahabat yang bersms. Begitu juga sahabat-sahabat yang singgah menitip comment di FB. Terharu dengan keprihatinan sahabat-sahabat. Namun diri ini cukup cemburu dan kagum juga dengan semangat insan-insan yang tabah menjaga 'mama' dan 'abah' orang lain. Bila melihat mereka, diri merasakan usaha yang diri ini telah lakukan masih belum bergerak..... sedikit sangat..... sangat kecil..... Cemburu, saban hari mereka gembira mengutip saham yang melambung-lambung tinggi di sana. Indah sungguh, sungguh indah ganjaran untuk insan yang ikhlas membuat amal kebajikan.

Diri sentiasa bertanya dan mencari. Hidayah perlu diraih.... jangan tunggu ia datang walaupun jiwa yakin ALLAH itu MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...... hidayah perlu diteroka.... hidayah dicari, bagaimana mencari hidayah, mulakan dari titik 'mengenali diri'

Berbalik kisah katil..... yer sahabatku yang berSMS..... katil itu sangat besar maknanya buat diri ini. Rugi tau... mengetahui ilmu tentang ERGONOMICS tetapi tidak mahu aplikasikan tentangnya. ERGO system ni mmg dah sgt terkenal di barat. Mudah cerita, ergo ni ialah faktor manusia yang di mana manusia itu punya limitasi. Rumah mama dan abah itu ada 54 orang penghuni, 11 pekerja. Jom main matematik sikit, 54/11 = 4.9 atau senang cakap satu pekerja 5 orang perlu dijaga. Ermmmm, now, masuk pula ilmu parenting; susah tak nak jaga 'beberapa' org anak? terkadang diri menyungut2 juga kan....... dan pernah tak dengar, ibu boleh jaga ramai anak, tetapi ramai anak belum tentu boleh jaga ibu yang seorang.... haa.... tuhlaa mama dan abah di rumah al-ikhlas ini...... Takpe laa, lapang dada, jangan ditanya mana waris mereka.... semuanya takdir ALLAH. Lihat yang positive dalam negative. Bukankah ALLAH sentiasa MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG? haa, ni laa cara ALLAH tunjukkan kasih sayangNYA. ALLAH nak berikan kita ini semua peluang untuk berbuat kebaikan. Kalau anak-anak mereka semua baik dan menjaga orang tua mereka, tak dapatlah kita peluang berbakti pada mama dan abah ini...... wink! wink! THANK YOU ALLAH

Katil ini amat bermakna pada penghuni dan pekerja. Buat penghuni, ini dapat menjamin keselesaan mereka yang dimamah usia. Tulang-temulang mulai mereput, tidak boleh banyak pergerakan seperti gaya orang muda. Usia dihabiskan di atas katil, solat, makan dan segalanya.... macam bayi comel kan mama dan abah ni. Di mana, ketika kita kecil.... mama dan abah pasti akan pastikan tilam kita selesa.... dijahit cadar mengikut tema yang ceria.... tulus kasih ibu dan ayah..... Jadi tak salahlah kan kalau nak berhabisan beribu ringgit buat katil mama dan abah pula kan...... dan tidaklah diri ini mampu utk belikan katil sebiji utk mama dan abah seperti mereka usaha berikan yang terbaik pada anak-anak..... Namun, ISLAM ada jalan terbaik iaitu PERPADUAN a.k.a UKHWAH...... teringat lagu maal hijrah....

Islam itu perjuangan
Islam itu pengorbanan
Islam itu persaudaraan
Islam membentuk perpaduan....

Suka 4P itu; PERJUANGAN, PENGORBANAN, PERSAUDARAAN, PERPADUAN.....

Laa hai, maknanya, mereka juga ialah mama dan abah diri ini juga laa..... atas dasar itulah jalan terbaiknya bergabung kekuatan masing-masing. Bukan hunus dan lawan pedang..... kekuatan KEIKHLASAN..... jom balik ke ILMU HISAB lagi sekali.....

Kos katil lengkap bertilam = RM 2600 bandingkan dgn kos asal (RM 2650 katil shj, RM 300 tilam) thank you sahabat yg uruskan dgn LIFELINE. manalah diri ini tahu menahu bab barang-barang hospital ni. Diri ini cikgu sekolah aka kaunselor sekolah jer...... Tapi Allah temukan sahabat-sahabat yang membantu... SEMUANYA DARI ALLAH.... Syukur

Katil diperlukan lagi = 38 buah......

Cuba ajak anak-anak darab bentuk lazim (nak cepat, tekan otak jepun) = 38 x RM 2600
Haaa.... diri ini pun terkejut = RM 98,800. Terus terlintas, padanlaa hospital swasta ini mahal chargenya.... hehehehe. nak yang selesa kena bayar lebih, sebab katil dia mahal.

ok, now.... katakanlah semua org sudi laa dgn IKHLAS sumbangkan RM 20.00 (kira sama nilai jika makan lunch pack atau dinner box McD sekeluarga) so RM98,800/20 = 4940 orang

Now, diri tgk pula follower likes di TP = 3739 orang

Cuba cari berapa lagi kurang = 4940 - 3739 = 1201 orang

tapi tak kisahlah yang kurang tu.... BERDOALAH......

Itulah..... andai semua 4940 orang yg IKHLAS itu benar-benar wujud..... pasti segala nilai yg dilihat mustahil itu akan TERCAPAI. Diri ini percaya ALLAH YANG MAHA BERKUASA.....

Ini adalah sekadar catatan yang tulus ikhlas dari diri ini.....

Hampir lupa sebelum tutup catatan di dalam blog yang telah berhabuk ini...... katil ini pada pekerja, juga bermakna.... tentu mereka dapat kurangkan sakit2 badan mengendalikan mama dan abah.  itupun namanya ERGONOMICS..... jadi bila mereka gembira menjaga mama dan abah, mereka boleh raih lebih banyak pahala.... biar syaitan menangis..... padan muka syaitan. Dan bila mereka gembira.... mama dan abah gembira..... ianya adalah bahagian kebaikan buat kita juga.... kerana tanggungjawab kita juga utk pastikan saudara seISLAM kita gembira. Dan bila kita memudahkan orang lain, INSHAALLAH, ALLAH akan mudahkan segala urusan kita..... dengan syarat IKHLAS BERBAKTI HANYA KERANA ALLAH.......
itulah bahagian paling sukar.... HATI-HATI MENJAGA HATI yang mudah diracuni si LAKNAT SYAITAN DURJANA.........

Monday 28 November 2011

Antara Dua RASA

Assalamualaikum kepada semua sahabat pembaca yang masih setia mengunjungi blog yang 'hampir' sepi kala kebelakangan ini. Diri masih lemah mencari kekuatan untuk berkongsi sesuatu yang diri kira berguna kerana ingin diri mengelak daripada berkongsi perkara yang sia - sia. Sejak dari perkongsian ilmu di majlis semalam, diri sentiasa tertanya-tanya dalam diri sendiri, siapakah diri yang sebenar? Mudah tutur menyatakan, ia.... aku ini hamba ALLAH, tapi adakah diri bersifat seperti yang dituturkan? Aduh, masih jauh rasa itu diri tidak malu mengakui. Terleka dengan diri sendiri hingga sering juga lupa pada NYA.
Sumber; Google images, TQ
Kuliah semalam, amat membantu diri untuk mengenali walaupun sukar secara praktikalnya kerana diri masih diselaputi nafsu, diri tidak malu mengaku. Namun, dengan langkah yang payah dan diri memaksa, diri ingin berjalan mencari dua rasa yang diri kira amat penting dijadikan kunci dalam kehidupan diri. Rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Diri menatap jari yang sedang pantas menaip, diri sedang menggunakan mata yang dikurniakan, diri sedang menggunakan segalanya di dunia ini...... tapi adakah diri sedar hakikat semua ini? hakikat nikmat yang dikurniakan? hakikat..... semua ini siapa punya? siapa yang mengizinkan jari-jemari ini pantas menaip, siapa yang mengizinkan curahan idea ini. Memang keliru dan cukup keliru, tetapi, diri cuba melatih diri untuk melihat bahawa tiada satu pun yang berlaku itu tanpa pengetahuanNya dan segala yang berlaku itu atas izinNya. Diri berpesan ke dalam hati, Ya Allah, diri ini hanyalah hambaMu yang penuh dengan dosa dan lalai setiap masa. bila mengenangkan sikap diri terhadap MU diri merasa malu, kerana bila ditimpa masalah tentu diri mencariMu merintih kesedihan dan sedangkan dalam senang, diri mudah untuk melupakan MU. Ya Allah, ampunkan diri kerana masih tercari-cari hakikat kehidupan dan bimbinglah diri mencari MU, bukalah ruang hati untuk diri ini mengenal cinta MU dan jauhkan diri ini daripada memenuhi hati ini dengan dunia yang penuh tipu daya. Ya Allah, diri percaya akan rahmat dan kasih sayangMu. Bantulah diri mengukuhkan hati untuk bertaubat yang sebenar-benar taubat kerana diri tidak mahu menjadi insan - insan yang sering tertipu. Ya Allah, ajarkan diri ini sifat kehambaan yang sebenar-benar hamba, dan bantulah diri ini mencari rasa mengenaliMu Ya ALLAH yang maha berkuasa atas segalanya........ Ya Allah, ampunkan dosa-dosa diri yang cukup hina ini, yang cukup kotor dan diri ingin sekali kembali hidup berjuang di dalam agama yang Engkau redhai. Selawat dan salam ke atas baginda kekasihMu ya ALLAH. Tempatkan baginda, keluarga baginda dan para sahabat baginda di kalangan insan-insan yang Engkau muliakan. Ya Allah, terimalah rayuan diri untuk kembali ke jalan MU dan bimbinglah diri ini meraih redhaMU..... AMIN. Semoga diri ini mampu untuk menyelami rasa KEHAMBAAN dan rasa BERTUHAN dalam perjalanan menuju ke SANA...... InsyaAllah.....

Wednesday 9 November 2011

Mama... susahnya nak dapatkan duit :(

Assalamualaikum kepada pembaca blog yang masih setia membaca, walaupun jarang update ditulis. Untuk itu, diri memohon kemaafan atas kelemahan ini. Di pagi ini, diri ingin berkongsi sedikit keluhan ikhlas si anak pada minggu lepas. Lucu juga, bila akhirnya dia menyebut, "mama, susahnya nak dapatkan duit kan?". Diri memahami kerana diri melihat dia dan turut merasai bersamanya. Tubuh yang masih kecil, tetapi manja, diri mahu didik supaya mengerti kehidupan ini tidak mudah dan jangan hanya dilalui sewenang-wenangnya. Misi pertamanya berjaya dilaksanakan. Diri cuma membantu 50% dan 50% lagi dilaksanakan dalam ketika dia mampu. Hasilnya 75 riben bookmark dan kini dalam proses penghantaran. Dia merasakan payahnya proses untuk menyiapkan. Terpaksa berkorban siri TV kegemarannya, terpaksa memaksa diri menyiapkan. Buat diri pula, ketika ini menguji diri untuk menjadi ibu yang sentiasa 'ada' untuknya, menerangkan pengajaran dan hikmahnya agar semangatnya tidak luntur. Dalam perjalanan menghasilkan 75, pastinya dia menangis mahu berhenti melaksanakan. Jerih tangannya menjahit. Dalam tangis, dia teruskan dan bila dikumpul semua, di matanya bercahaya 'TIDAK PERCAYA'... diakah yang menghasilkan semuanya... itulah hasilnya anakku. Dari perit usahanya, jelas nampak kepuasannya. Diri mengingatkan dia, "ayuh sayang, ambil wudhu', laksanakan sujud syukur.... jika tidak kerana ALLAH, usaha ini tidak siap....". YA ALLAH, sungguh besar rahmat yang ENGKAU kurniakan kepada kami, jika tidak kerana jari-jemari ini, tidak dapat kami memegang jarum dan benang, jika tidak kerana mata ini, mana mungkin jari-jemari dapat menjahit, jika tidak kerana akal, mana mungkin dapat kami memperolehi ilmu jahitan ini......Itu baru sedikit.... terlalu banyak tidak terhitung rahmat ALLAH diri kira. MasyaALLAH.... DIA tuhan yang maha AGUNG.
Selepas siap segala kerja, dia kini gembira dan masih bersemangat. Diri mengingatkan diri untuk terus menjadi ibu yang sentiasa istiqamah mendidik anak-anak dalam bilik darjah kehidupan ini. Banyak alat bantu mengajar yang harus digunakan dan salah satunya melalui Telekung Project ini..... ALHAMDULILAH Ya ALLAH, Tahniah anakku, SOFEA NAJIHAH....

Wednesday 2 November 2011

KESAL

Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman, Alhamdulilah, sebelum lelap mata atau diambil terus nyawa, diri terdetik hati untuk membuat posting... Sedang mengedit-edit gambar, diri terhenti di suatu gambar yang diri kira menyentuh jiwa diri dan tertanya di benak, mampukan diri jika yang berjalan itu diri sendiri. Jelang ketika terserempak, diri berada di lampu isyarat, di dalam kereta selesa dengan aircond nyaman kulit tetapi di luar sana, seorang tua, masih kuat diri lihat dan menggunakan kudratnya utk berjalan mencari arah di tengah terik panas matahari. Ingin membantu tetapi tidak terdaya, hati hanya kesal memarahi diri yang tidak berusaha utk membantu. Kesal... Ya Allah, ampunilah diriku.... kini, melihat gambar ini cukup membuatkan diri kesal, berlalu meninggalkan dia terpingga-pingga di simpang lampu isyarat kerana lampu telah 'hijau'. Buat yang membaca, diri mohon, sedekahkanlah fatihah kepada 'ibu' ini.... semoga jalan kehidupan nya berkat dan dimudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik...... Amin..... Maafkan saya 'ibu'.....

Monday 31 October 2011

Cerita PIN dan RIBEN

Assalamualaikum dan selamat segalanya kepada pembaca yang setia mengikut blog ini. Mata ingin dilelapkan, tetapi terasa seperti ada sesuatu yang tidak terlaksana, andai kata nyawa hingga malam ini, agak rugi jika tidak dikongsikan. Allah itu maha pemberi rezeki, dan diri rasa bersyukur pd Allah atas rezeki dipertemukan dengan sahabat dan ilmu yang memudahkan urusan Telekung Project. Jika dahulu, diri melakukan dgn kapasiti 5 telekung, tidaklah menjadi suatu masalah kerana hanya pergi ke satu tempat di satu masa. Kini, setelah diri dan anak- anak memikul amanah, dan usaha yang dilipat gandakan, diri tertanya - tanya juga bagaimana utk menyelesaikan masalah ini dan hanya menyimpan 'kusut' persoalan itu dengan mengasing setiap telekung wakaf di dalam beg plastik mengikut tempat yang diambil. Ada juga kerisauan, takut tertukar, takut terkurang..... MASALAH MENGENALPASTI. Namun, dalam risau, diri tetap bersemangat dan berazam; teringat kata - kata hujatul Islam termuka, AL-Ghazali.... kekusutan, kekeliruan adalah awal keyakinan. Kerana daripada masalah kita belajar utk menggunakan akal dan kemahiran, bila tersangkut kita mohon bantuanNYA dan yakinlah... ALLAH pasti ada. Tak kiralah apa juga masalah termasuk masalah nak kenal telekung ini. Risau.... mmg risau, menyebabkan diri berhati-hati dengan sistem beg plastik.
Namun, rezeki ALLAH mmg datang dalam sudut yang tidak disangka-sangka. Sahabat mencari saya untuk bertanya 'khabar untuk berjumpa..... di kedai dobinya?" bertanyakan bagaimana utk dia membantu saya. Berbual dan perbualan menjadi suatu gelanggang ilmu diri kira. Dia juga guru kehidupan diri ini. Dengan izin Allah, dia telah mengajar diri untuk menyelesaikan masalah 'mengenalpasti' telekung. Dia mahir kerana dia selalu berhadapan dengan kain dalam kapasiti yang banyak kerana dia mengusahakan kedai dobi. Dan akhirnya, jawapan kepada masalah ini ialah, pin dan riben. MasyaALLAH, diri tersenyum, kagum tidak pernah terfikir, pin dan riben akan terus membakar semangat diri utk terus maju. Jadinya, hari ini, diri terus praktikkan dan bila pulang, diri terus pinkan telekung - telekung itu mengikut kod warna tempat dan dicampur semua sekali. Nanti mudah utk diri kenalpasti telekung mengikut tempat berdasarkan warna. Kerisauan selama seminggu terhurai.... YA ALLAH.... terima kasih Ya ALLAH..... dan buat insan yang menjadi guru kehidupan saya..... terima kasih, Ilmu itu banyak membantu saya dan kini kemudahan dalam urusan membuatkan saya berdoa untuk terus cekal dan istiqamah di dalam project ini. AMIN.......

Saturday 29 October 2011

rizzar: Telekung Project

rizzar: Telekung Project: Berapa ramai antara kita yang bila keluar bershopping, berjimba, beriadah, berjalan-jalan carik makan mahu pon bermenung tepi tasik yang mem...

Telekung Kanak - Kanak

Sumber; mawi--bule.deviantart.com, google images
Assalamualaikum wbt dan salam di pagi Sabtu buat semua para pembaca dan sahabat - sahabat Telekung Project. Bersyukur, mata ini masih boleh dibuka lagi, nafas masih beralun bernyawa. Terimakasih Allah atas nikmat kehidupan satu hari lagi. Buat Rasulullah yang dicintai, selawat dan salam 'Assalamualaika Ya Rasulullah.....' semoga suatu hari nanti kami dapat menemui mu Ya Habib Allah..... tidak lupa kepada keluarga dan sahabat baginda yang setia berjuang bersama baginda di dalam detik kehidupan mereka, Ya Allah, rahmatilah mereka, Amin....
InsyaAllah, sudah hari sabtu, dan hari ini Telekung Project ingin berkongsi maklumat dan pendapat yang telah diutarakan oleh sahabat - sahabat yang memberi respon kepada projek ini. Berkenaan telekung wakaf untuk kanak-kanak. Memang betul di kebanyakan wakaf tidak menyediakan telekung untuk kanak - kanak. Sering juga diri melihat, ramai kanak - kanak hanya duduk di tepi dinding bermain PSP, ipad dsb. Paling tidak anak - anak ini ditugaskan oleh si ibu untuk menjaga handbag mereka. Dan jika si anak terleka, anak itu akan dimarahi, simpati kepada keadaan anak - anak sebegitu.
Pelik juga cara keadaan kita menyayangi anak - anak kini. Sayangkan anak, tidak mahu ajak anak bersolat sama dan dibiar leka. Sedangkan Islam itu mengunjurkan untuk mendidik anak bersolat seawal 7 tahun dan dirotan jika tidak mahu bersolat setelah 10 tahun. Penting tanggungjawab solat ini. Jadi, tidaklah diri untuk mengulas panjang, dari mengeluh, diri ingin mengusahakan sesuatu supaya dapat keadaan dibantu dan diberi kesedaran. Oleh itu, untuk fasa seterusnya; Telekung Project akan memulakan untuk mengumpulkan telekung untuk anak - anak supaya dapat diletakkan di wakaf - wakaf yang memerlukan. Kepada yang berminat boleh email kepada diri di azila79aziz@gmail.com atau layari http://www.facebook.com/#!/TheTelekungProject untuk berinteraksi secara FB. Sekian untuk posting hari ini..... Salam Ukhwah semua..... Assalamualaikum.

Genap Tiga Minggu Buat Telekung Project

Assalamualaikum buat pembaca yg budiman, Alhamdulilah, hari ini genap TIGA MINGGU Telekung Project beroperasi melalui FB. Sambutan yang diterima begitu baik dan diri sgt bersyukur pada ALLAH kerana merezekikan usaha ini kepada diri. Semoga seterusnya lebih ramai yang akan berganding, menyokong dan berdoa utk projek ini terus 'berlangsung' berkhidmat untuk ummah..... teruskan berkongsi dengan seramai mungkin untuk kita semua bertemu dalam ukhwah mempertahankan 'ISLAM ITU INDAH DAN BERSIH', InsyaAllah.... Dalam tiga minggu ini, terlalu banyak yang diri anggap suatu yang ajaib, sebagai hambaNya diri berasa kerdil dan hina, TANPANYA.... diri tidak mungkin mampu mendukung projek ini sehingga ke minggu ketiga ini. Diri bersyukur, dalam perjalanan ansur maju tiga minggu ini, diri telah direzekikan olehNya bertemu dengan insan - insan di luar sana yang hebat, yang diri kira banyak membakar semangat untuk diri terus berjuang untuk projek ini demi mencari REDHA ALLAH. Ya Allah, segala rencana dan aturan yang berlaku dalam tika tiga minggu ini amat menginsafkan diri... dan diri akan jadikan sebagai pembakar semangat untuk bergerak demi maruah Islam yang amat dicintai. Semoga ruang perjuangan ini akan sentiasa terpelihara oleh ALLAH dan kita semua terpelihara dari sikap alpa dan sia - sia... Sehingga di posting ini, salam ukhwah wahai sahabat - sahabat di luar sana..... Teruslah menyokong TELEKUNG PROJECT agar wakaf kita indah terpelihara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...