Monday 28 November 2011

Antara Dua RASA

Assalamualaikum kepada semua sahabat pembaca yang masih setia mengunjungi blog yang 'hampir' sepi kala kebelakangan ini. Diri masih lemah mencari kekuatan untuk berkongsi sesuatu yang diri kira berguna kerana ingin diri mengelak daripada berkongsi perkara yang sia - sia. Sejak dari perkongsian ilmu di majlis semalam, diri sentiasa tertanya-tanya dalam diri sendiri, siapakah diri yang sebenar? Mudah tutur menyatakan, ia.... aku ini hamba ALLAH, tapi adakah diri bersifat seperti yang dituturkan? Aduh, masih jauh rasa itu diri tidak malu mengakui. Terleka dengan diri sendiri hingga sering juga lupa pada NYA.
Sumber; Google images, TQ
Kuliah semalam, amat membantu diri untuk mengenali walaupun sukar secara praktikalnya kerana diri masih diselaputi nafsu, diri tidak malu mengaku. Namun, dengan langkah yang payah dan diri memaksa, diri ingin berjalan mencari dua rasa yang diri kira amat penting dijadikan kunci dalam kehidupan diri. Rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Diri menatap jari yang sedang pantas menaip, diri sedang menggunakan mata yang dikurniakan, diri sedang menggunakan segalanya di dunia ini...... tapi adakah diri sedar hakikat semua ini? hakikat nikmat yang dikurniakan? hakikat..... semua ini siapa punya? siapa yang mengizinkan jari-jemari ini pantas menaip, siapa yang mengizinkan curahan idea ini. Memang keliru dan cukup keliru, tetapi, diri cuba melatih diri untuk melihat bahawa tiada satu pun yang berlaku itu tanpa pengetahuanNya dan segala yang berlaku itu atas izinNya. Diri berpesan ke dalam hati, Ya Allah, diri ini hanyalah hambaMu yang penuh dengan dosa dan lalai setiap masa. bila mengenangkan sikap diri terhadap MU diri merasa malu, kerana bila ditimpa masalah tentu diri mencariMu merintih kesedihan dan sedangkan dalam senang, diri mudah untuk melupakan MU. Ya Allah, ampunkan diri kerana masih tercari-cari hakikat kehidupan dan bimbinglah diri mencari MU, bukalah ruang hati untuk diri ini mengenal cinta MU dan jauhkan diri ini daripada memenuhi hati ini dengan dunia yang penuh tipu daya. Ya Allah, diri percaya akan rahmat dan kasih sayangMu. Bantulah diri mengukuhkan hati untuk bertaubat yang sebenar-benar taubat kerana diri tidak mahu menjadi insan - insan yang sering tertipu. Ya Allah, ajarkan diri ini sifat kehambaan yang sebenar-benar hamba, dan bantulah diri ini mencari rasa mengenaliMu Ya ALLAH yang maha berkuasa atas segalanya........ Ya Allah, ampunkan dosa-dosa diri yang cukup hina ini, yang cukup kotor dan diri ingin sekali kembali hidup berjuang di dalam agama yang Engkau redhai. Selawat dan salam ke atas baginda kekasihMu ya ALLAH. Tempatkan baginda, keluarga baginda dan para sahabat baginda di kalangan insan-insan yang Engkau muliakan. Ya Allah, terimalah rayuan diri untuk kembali ke jalan MU dan bimbinglah diri ini meraih redhaMU..... AMIN. Semoga diri ini mampu untuk menyelami rasa KEHAMBAAN dan rasa BERTUHAN dalam perjalanan menuju ke SANA...... InsyaAllah.....

Wednesday 9 November 2011

Mama... susahnya nak dapatkan duit :(

Assalamualaikum kepada pembaca blog yang masih setia membaca, walaupun jarang update ditulis. Untuk itu, diri memohon kemaafan atas kelemahan ini. Di pagi ini, diri ingin berkongsi sedikit keluhan ikhlas si anak pada minggu lepas. Lucu juga, bila akhirnya dia menyebut, "mama, susahnya nak dapatkan duit kan?". Diri memahami kerana diri melihat dia dan turut merasai bersamanya. Tubuh yang masih kecil, tetapi manja, diri mahu didik supaya mengerti kehidupan ini tidak mudah dan jangan hanya dilalui sewenang-wenangnya. Misi pertamanya berjaya dilaksanakan. Diri cuma membantu 50% dan 50% lagi dilaksanakan dalam ketika dia mampu. Hasilnya 75 riben bookmark dan kini dalam proses penghantaran. Dia merasakan payahnya proses untuk menyiapkan. Terpaksa berkorban siri TV kegemarannya, terpaksa memaksa diri menyiapkan. Buat diri pula, ketika ini menguji diri untuk menjadi ibu yang sentiasa 'ada' untuknya, menerangkan pengajaran dan hikmahnya agar semangatnya tidak luntur. Dalam perjalanan menghasilkan 75, pastinya dia menangis mahu berhenti melaksanakan. Jerih tangannya menjahit. Dalam tangis, dia teruskan dan bila dikumpul semua, di matanya bercahaya 'TIDAK PERCAYA'... diakah yang menghasilkan semuanya... itulah hasilnya anakku. Dari perit usahanya, jelas nampak kepuasannya. Diri mengingatkan dia, "ayuh sayang, ambil wudhu', laksanakan sujud syukur.... jika tidak kerana ALLAH, usaha ini tidak siap....". YA ALLAH, sungguh besar rahmat yang ENGKAU kurniakan kepada kami, jika tidak kerana jari-jemari ini, tidak dapat kami memegang jarum dan benang, jika tidak kerana mata ini, mana mungkin jari-jemari dapat menjahit, jika tidak kerana akal, mana mungkin dapat kami memperolehi ilmu jahitan ini......Itu baru sedikit.... terlalu banyak tidak terhitung rahmat ALLAH diri kira. MasyaALLAH.... DIA tuhan yang maha AGUNG.
Selepas siap segala kerja, dia kini gembira dan masih bersemangat. Diri mengingatkan diri untuk terus menjadi ibu yang sentiasa istiqamah mendidik anak-anak dalam bilik darjah kehidupan ini. Banyak alat bantu mengajar yang harus digunakan dan salah satunya melalui Telekung Project ini..... ALHAMDULILAH Ya ALLAH, Tahniah anakku, SOFEA NAJIHAH....

Wednesday 2 November 2011

KESAL

Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman, Alhamdulilah, sebelum lelap mata atau diambil terus nyawa, diri terdetik hati untuk membuat posting... Sedang mengedit-edit gambar, diri terhenti di suatu gambar yang diri kira menyentuh jiwa diri dan tertanya di benak, mampukan diri jika yang berjalan itu diri sendiri. Jelang ketika terserempak, diri berada di lampu isyarat, di dalam kereta selesa dengan aircond nyaman kulit tetapi di luar sana, seorang tua, masih kuat diri lihat dan menggunakan kudratnya utk berjalan mencari arah di tengah terik panas matahari. Ingin membantu tetapi tidak terdaya, hati hanya kesal memarahi diri yang tidak berusaha utk membantu. Kesal... Ya Allah, ampunilah diriku.... kini, melihat gambar ini cukup membuatkan diri kesal, berlalu meninggalkan dia terpingga-pingga di simpang lampu isyarat kerana lampu telah 'hijau'. Buat yang membaca, diri mohon, sedekahkanlah fatihah kepada 'ibu' ini.... semoga jalan kehidupan nya berkat dan dimudahkan serta dikurniakan kesihatan yang baik...... Amin..... Maafkan saya 'ibu'.....

Monday 31 October 2011

Cerita PIN dan RIBEN

Assalamualaikum dan selamat segalanya kepada pembaca yang setia mengikut blog ini. Mata ingin dilelapkan, tetapi terasa seperti ada sesuatu yang tidak terlaksana, andai kata nyawa hingga malam ini, agak rugi jika tidak dikongsikan. Allah itu maha pemberi rezeki, dan diri rasa bersyukur pd Allah atas rezeki dipertemukan dengan sahabat dan ilmu yang memudahkan urusan Telekung Project. Jika dahulu, diri melakukan dgn kapasiti 5 telekung, tidaklah menjadi suatu masalah kerana hanya pergi ke satu tempat di satu masa. Kini, setelah diri dan anak- anak memikul amanah, dan usaha yang dilipat gandakan, diri tertanya - tanya juga bagaimana utk menyelesaikan masalah ini dan hanya menyimpan 'kusut' persoalan itu dengan mengasing setiap telekung wakaf di dalam beg plastik mengikut tempat yang diambil. Ada juga kerisauan, takut tertukar, takut terkurang..... MASALAH MENGENALPASTI. Namun, dalam risau, diri tetap bersemangat dan berazam; teringat kata - kata hujatul Islam termuka, AL-Ghazali.... kekusutan, kekeliruan adalah awal keyakinan. Kerana daripada masalah kita belajar utk menggunakan akal dan kemahiran, bila tersangkut kita mohon bantuanNYA dan yakinlah... ALLAH pasti ada. Tak kiralah apa juga masalah termasuk masalah nak kenal telekung ini. Risau.... mmg risau, menyebabkan diri berhati-hati dengan sistem beg plastik.
Namun, rezeki ALLAH mmg datang dalam sudut yang tidak disangka-sangka. Sahabat mencari saya untuk bertanya 'khabar untuk berjumpa..... di kedai dobinya?" bertanyakan bagaimana utk dia membantu saya. Berbual dan perbualan menjadi suatu gelanggang ilmu diri kira. Dia juga guru kehidupan diri ini. Dengan izin Allah, dia telah mengajar diri untuk menyelesaikan masalah 'mengenalpasti' telekung. Dia mahir kerana dia selalu berhadapan dengan kain dalam kapasiti yang banyak kerana dia mengusahakan kedai dobi. Dan akhirnya, jawapan kepada masalah ini ialah, pin dan riben. MasyaALLAH, diri tersenyum, kagum tidak pernah terfikir, pin dan riben akan terus membakar semangat diri utk terus maju. Jadinya, hari ini, diri terus praktikkan dan bila pulang, diri terus pinkan telekung - telekung itu mengikut kod warna tempat dan dicampur semua sekali. Nanti mudah utk diri kenalpasti telekung mengikut tempat berdasarkan warna. Kerisauan selama seminggu terhurai.... YA ALLAH.... terima kasih Ya ALLAH..... dan buat insan yang menjadi guru kehidupan saya..... terima kasih, Ilmu itu banyak membantu saya dan kini kemudahan dalam urusan membuatkan saya berdoa untuk terus cekal dan istiqamah di dalam project ini. AMIN.......

Saturday 29 October 2011

rizzar: Telekung Project

rizzar: Telekung Project: Berapa ramai antara kita yang bila keluar bershopping, berjimba, beriadah, berjalan-jalan carik makan mahu pon bermenung tepi tasik yang mem...

Telekung Kanak - Kanak

Sumber; mawi--bule.deviantart.com, google images
Assalamualaikum wbt dan salam di pagi Sabtu buat semua para pembaca dan sahabat - sahabat Telekung Project. Bersyukur, mata ini masih boleh dibuka lagi, nafas masih beralun bernyawa. Terimakasih Allah atas nikmat kehidupan satu hari lagi. Buat Rasulullah yang dicintai, selawat dan salam 'Assalamualaika Ya Rasulullah.....' semoga suatu hari nanti kami dapat menemui mu Ya Habib Allah..... tidak lupa kepada keluarga dan sahabat baginda yang setia berjuang bersama baginda di dalam detik kehidupan mereka, Ya Allah, rahmatilah mereka, Amin....
InsyaAllah, sudah hari sabtu, dan hari ini Telekung Project ingin berkongsi maklumat dan pendapat yang telah diutarakan oleh sahabat - sahabat yang memberi respon kepada projek ini. Berkenaan telekung wakaf untuk kanak-kanak. Memang betul di kebanyakan wakaf tidak menyediakan telekung untuk kanak - kanak. Sering juga diri melihat, ramai kanak - kanak hanya duduk di tepi dinding bermain PSP, ipad dsb. Paling tidak anak - anak ini ditugaskan oleh si ibu untuk menjaga handbag mereka. Dan jika si anak terleka, anak itu akan dimarahi, simpati kepada keadaan anak - anak sebegitu.
Pelik juga cara keadaan kita menyayangi anak - anak kini. Sayangkan anak, tidak mahu ajak anak bersolat sama dan dibiar leka. Sedangkan Islam itu mengunjurkan untuk mendidik anak bersolat seawal 7 tahun dan dirotan jika tidak mahu bersolat setelah 10 tahun. Penting tanggungjawab solat ini. Jadi, tidaklah diri untuk mengulas panjang, dari mengeluh, diri ingin mengusahakan sesuatu supaya dapat keadaan dibantu dan diberi kesedaran. Oleh itu, untuk fasa seterusnya; Telekung Project akan memulakan untuk mengumpulkan telekung untuk anak - anak supaya dapat diletakkan di wakaf - wakaf yang memerlukan. Kepada yang berminat boleh email kepada diri di azila79aziz@gmail.com atau layari http://www.facebook.com/#!/TheTelekungProject untuk berinteraksi secara FB. Sekian untuk posting hari ini..... Salam Ukhwah semua..... Assalamualaikum.

Genap Tiga Minggu Buat Telekung Project

Assalamualaikum buat pembaca yg budiman, Alhamdulilah, hari ini genap TIGA MINGGU Telekung Project beroperasi melalui FB. Sambutan yang diterima begitu baik dan diri sgt bersyukur pada ALLAH kerana merezekikan usaha ini kepada diri. Semoga seterusnya lebih ramai yang akan berganding, menyokong dan berdoa utk projek ini terus 'berlangsung' berkhidmat untuk ummah..... teruskan berkongsi dengan seramai mungkin untuk kita semua bertemu dalam ukhwah mempertahankan 'ISLAM ITU INDAH DAN BERSIH', InsyaAllah.... Dalam tiga minggu ini, terlalu banyak yang diri anggap suatu yang ajaib, sebagai hambaNya diri berasa kerdil dan hina, TANPANYA.... diri tidak mungkin mampu mendukung projek ini sehingga ke minggu ketiga ini. Diri bersyukur, dalam perjalanan ansur maju tiga minggu ini, diri telah direzekikan olehNya bertemu dengan insan - insan di luar sana yang hebat, yang diri kira banyak membakar semangat untuk diri terus berjuang untuk projek ini demi mencari REDHA ALLAH. Ya Allah, segala rencana dan aturan yang berlaku dalam tika tiga minggu ini amat menginsafkan diri... dan diri akan jadikan sebagai pembakar semangat untuk bergerak demi maruah Islam yang amat dicintai. Semoga ruang perjuangan ini akan sentiasa terpelihara oleh ALLAH dan kita semua terpelihara dari sikap alpa dan sia - sia... Sehingga di posting ini, salam ukhwah wahai sahabat - sahabat di luar sana..... Teruslah menyokong TELEKUNG PROJECT agar wakaf kita indah terpelihara.

Calling for TELEKUNG

1. Kami sedang kumpulkan telekung yg terpakai atau baru, siapa sudi utk sumbangkan PM saya yer.....
2. Telekung itu kami akan gunakan utk buat 'ganti' telekung wakaf di masjid, surau, shopping complex, RnR dan mana2 yg patut... Sebab, jika kami ambil telekung wakaf utk dibawa balik cuci, tentu wakaf akan kurang bekalan atau tiada bekalan, jadi, telekung yg disumbangkan kami guna utk ganti wakaf sementara.
3. Telekung wakaf, kami bawa balik dan cuci.... dan siap cuci kami letakkan semula telekung wakaf dan kumpul semula telekung 'ganti' utk dicuci pula dan diletakkan di tempat wakaf lain pula.
4. Begitulah seterusnya..... selama ni kami hanya usahakan dgn 5 telekung jer, jadi hanya dapat 1 tempat utk dicucikan. Alhamdulilah, selepas seminggu, kami dpt usahakan utk buat 3 tempat serentak..... satu perkembangan.
5. Telekung - telekung yang disumbangkan ke Telekung Project kami tanda dgn butang berbentuk bunga, jadi senang utk dikenalpasti supaya tidak terambil yg bukan hak.....
6. Niat kami cuma utk menyediakan keperluan wakaf yang lebih selesa.... saya dapat bayangkan perasaan solat dgn telekung yang berbau, kotor, dan lembap..... tidak selesakan, mengganggu kusyuk. Semoga bantuan kecil kami ini diberkati Allah.....
7. Jadi, kepada yang berminat untuk menyertai project ini, buat fasa ini hanya perlu sumbangkan telekung yang masih elok terpakai atau baru. InsyaAllah, kami akan rangkakan strategi yang lebih baik utk melibatkan lebih ramai. Buat masa ini, inilah yg kami termampu.
8. Harapan dan doa semoga ramai yg memberikan sokongan terhadap project ini yer, InsyaAllah, Amin....

Friday 14 October 2011

Kita manusia TIADA DAYA kerana ALLAH ITU MAHA BERKUASA ke atas segalanya

Salam kepada pembaca yang budiman, Alhamdulilah, sekali lagi masih dapat menikmati kehidupan dan semoga diri ini bersedia menerima ujian yang mendatang. Sejak semalam, detik tidur hingga jaga, fikiran hanya memikirkan tentang 'RARA'. Terlalu banyak yang hendak dipelajari dan dapat dipelajari daripada kejadian dan hikmah ini. Tidaklah 'rara' yang diri lihat, tapi diri belajar melihat ragam manusia yang diluar lingkung 'ujian' ini tanpa sedar, kita juga sedang diuji melaluinya. Diri juga hamba Allah yang hina, cuba berhati - hati memerhati namun diri percaya dalam berhati-hati tergelincir juga berdosa.
Sehingga pagi ini, diri terjumpa satu komen yang sangat tulus dari salah seorang pembaca di FB rara. Dan itulah juga harapan diri, bukan setakat keluarga rara menyedari tetapi ingatan buat kita semua. Bantuan kepada rara bukan setakat wang ringgit dan sumbangan material, bantuan juga boleh kita laksanakan dengan sedekah fatihah dan solat hajat kepada rara dan keluarga. Semoga doa kita sebagai hamba Allah yang tak lekang berdosa ini mendapat keberkatan untuk kehidupan kita semua. Ingin diri lampirkan 'sorotan' kisah rara tetapi, diri rasa pembaca lebih arif mencari sumber kerana diri sebak melihat rara terseksa dan membayangkan jika diri di tempatnya. Terbayang saat setelah kematian, roh kita hanya memandang tanpa daya apa saja diperlakukan orang kepada jasad yang telah kita guna. Kerana itu, diri sebak mengenangkan kisah rara, suatu ketika segalanya ada dalam kehidupannya kini, kuasa Allah mengatasi segala. Sedikit buat Rara dan Keluarga; banyak saya pelajari daripada hikmah ini, tak terhitung ilmu Allah melalui kisah ini dan banyak kesedaran yang terselit hanya menunggu kita mengulit hati untuk melihat ALLAH MAHA AGUNG DAN BERKUASA. Atas dasar itu, diri berdoa, semoga rahmat dan kasih sayang Allah akan terus menjadi tiupan kekuatan untuk Rara dan keluarga. Dan buat yang membaca, marilah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka yang memerlukan.... Amin.
Buat yang ingin mengetahui link FB rara boleh lihat di wall FB diri

Sumber; Google Images

Thursday 13 October 2011

MODEL DAKWAH NABI IBRAHIM a.s

Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim yang berdakwah dengan ayahnya boleh dijadikan model. Nabi Ibrahim memulakan dakwah kepada ayahnya dengan berbincang tentang konsep ketuhanan. Baginda memberitahu bahawa tuhan berhala adalah lemah dan penyembahan berhala itu hanya kepada syaitan. Kemudian beliau mengajak bapanya agar mengikutinya beriman kepada Allah, sebuah jalan yang lurus yang dapat mengelakkan daripada azab Allah. (Lihat surah Maryam ayat 42 - 45).
Setelah dakwah Nabi Ibrahim ditolak oleh ayahnya, baginda mengambil langkah yang positif iaitu berdoa. Berdoa agar bapanya diberikan keselamatan dan meminta keampunan daripada Allah untuk bapanya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:"Nabi Ibrahim berkata: 'Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan meminta keampunan bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku." (Surah Maryam 19:47)
Sumber; Google Images
Doa boleh melembutkan hati manusia untuk berpindah daripada kekufuran kepada keimanan. Kuasa doa memberikan jiwa Mukmin terus kekal optimis terhadap Allah bahawa hidayah ialah milik-Nya.
(Sumber: SOLUSI Isu 36, m/s 96, oleh; Mohd. al-Adib Samuri.... terima kasih atas catatan ini)

Tuesday 11 October 2011

MANFAAT SOLAT

Assalamualaikum kepada pembaca yang dikasihi. Dibuka catatan dengan pertamanya memanjatkan syukur ke hadrat Allah atas nyawa yang masih diberi peluang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Selawat dan salam sejahtera ke atas Kekasih Allah, Rasulullah SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Amin.
Alhamdulilah, kesempatan ini, izinkan diri berkongsi dengan para pembaca tentang manfaat solat yang diri baca daripada buku hasil tulisan Allahyarham Dato' Hj. Ishak Baharom (Al-Fatihah) dan Azrul Hakim Suradi berjudul "SOLAT DAN KEAJAIBANNYA", (m/s 63-69). Catatan perkongsian saya adalah;

"MANFAAT SOLAT" terhadap;

1. AGAMA
- MENGHUBUNGKAN hamba dengan TuhanNya
- BERMUNAJAT kepada Pencipta
- Rasa KEHAMBAAN kepada TuhanNya
- PENGHAPUS dosa

2.PERIBADI @ DIRI
- MENDEKATKAN diri hamba kepada TuhanNya
- MEMANTAPKAN jiwa, bersandar dan penyerahan kepada Allah SWT semata - mata
- Jiwa menjadi TENANG
- MENJAUHKAN diri daripada kelalaian
- MELATIH diri mencintai disiplin
- MENDIDIK akhlak mulia

3. SOSIAL @ MASYARAKAT
- MENGUATKAN aqidah setiap individu
- MENWUJUDKAN kebersamaan dalam kesatuan
- TAAT kepada pemimpin
- MENGERATKAN hubungan silaturahim

Secara kesimpulannya; kita amat bertuah dilahirkan di dalam Agama Allah dan diberikan nikmat meraih ketenangan dalam kehidupan jika kita SOLAT. Solat menjamin kesejahteraan yang hakiki dan keselamatan dalam mengharungi badai kehidupan. Jadikan SOLAT sebagai kewajipan penuh sebagai hambaNya dan semoga kita semua diberikan kemenangan di dunia dan di akhirat, Amin. InsyaAllah.



Sunday 9 October 2011

Aktiviti Hujung Minggu Saya (2)

Assalamualaikum kepada pembaca yang saya hormati, Alhamdulilah, pertama sekali saya panjatkan syukur kepada Allah dan selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah saw, yang membawa rahmat Islam kepada kita semua. Cepat masa berlalu, hujung minggu bakal berlalu lagi... diri cuba berusaha menjadikan setiap masa diisi dengan aktiviti yang berfaedah.
Kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca tentang 'pohon solat'. Kali pertama saya mempelajari tentang pohon solat ini melalui majalah SOLUSI, tapi maaf, saya tidak ingat isu mana, yang pasti penulisnya adalah isteri kepada Ustaz Zaharuddin yang juga giat menulis buku - buku agama. Saya browse enjin carian dan terjumpa pohon asal yang bertulisan arab. Sejak itu, saya mengamalkan pohon solat ini secara peribadi untuk menyemak kualiti solat saya sendiri yang saya modified mengikut keperluan saya. Jika saya solat awal waktu warna hijau segar saya warnakan daun solat, jika akhir waktu, hijau kusam saya warnakan dan jika 'terhutang' warna daun menjadi kering. Untuk melatih anak-anak solat pula; cukup sekadar hijau dan kuning pilihannya. Alhamdulilah, kami anak - beranak banyak mengambil manfaat daripada aplikasi pohon solat ini. Dihujung minggu ini, sempat saya menggunakan sedikit ilmu 'WORDS' dan melukis pohon solat untuk diperbanyakkan. Hasilnya.... seperti di bawah. Kepada pembaca yang berminat, bolehlah mencuba pohon solat ini... atau mencipta pohon solat sendiri. Saya sekadar berkongsi. Akhir kalam buat hujung minggu ini, semoga kita semua beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.... Wasalam.

Pagi ini...

sumber; google images
Assalamualaikum kepada pembaca yang budiman. Alhamdulilah, dapat lagi jari - jemari ini digunakan untuk menaip, berkongsi. Dapat lagi mata ini melihat untuk menyemak dan mencari. Alhamdulilah, dapat lagi nyawa ini bernafas sehingga detik saat ini sehingga tamat nyawa diambil Ilahi.... Tak terhitung banyaknya nikmat rahmat yang Tuan Punya Alam ini berikan.... diri hanya mampu mengucapkan syukur dan berusaha membaiki diri sebagai tanda kehambaan dan kesyukuran.
Selesai menunaikan solat subuh, melihat luar jendela. Deretan kereta jiran menghiasi pagi. Sunyi... lantas diri membuka komputer riba, kotak fikiran lantas terfikir menukar 'baju' blog dan mencari mood untuk menulis. Background blog mengingatkan diri kepada sawah padi. Lantas google image diserbu, mencari gambar yang cantik. MasyaAllah, banyaknya gambar-gambar yang indah..... itulah nikmat rezeki yang Allah kurniakan kepada yang berbakat fotografi. Hasilnya, dapat diri berkongsi di sini. Terubat pandangan mata seketika.... Alhamdulilah. Nak diceritakan nikmat, tak terhitung banyaknya... hanya diri mampu bersyukur dan terus berfikir dan berfikir. Jadi, marilah kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kehambaan dan memakmurkan dunia Allah ini atas dasar tanggungjawab khalifah yang diberikan. Mulakan pagi dengan doa semoga hari ini lebih diberkati, InsyaAllah.... sehingga berjumpa lagi.... Jom berjalan-jalan anak-anakku!

Doa Bangun Tidur

Saturday 8 October 2011

In Making....

Semoga Allah mudahkan usaha saya, amin....

Hari ini HUJAN

Sumber: Google Images
Salam kepada pembaca blog ini, ketika menulis.... hujan sedang lebat mencurah-curah ke bumi. Telinga mendengar dentuman guruh dan bunyi titisan hujan yang rancak 'menangis'. Buka tingkap, udara sejuk menerpa masuk ke liang kulit dan terasa nikmat dingin. Ya Allah, Engkau  yang Maha Berkuasa atas kejadian alam ini. Tiada siapa yang mampu menandingi 'teknologi' Allah menciptakan rahmat hujan setelah hambaNya kepanasan dek terang matahari. Kadang-kadang, hati yang cerah perlu juga ditenangkan dengan dingin hujan. Diri menyedari, kejadian alam tak lari maknanya dengan fitrah manusia. Terkadang gembira, terkadang duka. Namun, hujan akan berhenti.... begitu juga derita pasti ada hujungnya. Kekuatan hati perlu dipupuk dengan kembali kepada fitrah diri kehambaan kepadaNya. Jika sedih, berdoalah di dalam rahmat hujan ini semoga usai hujan cerah menjelma dan mencerahkan juga pandangan hati untuk melihat kehidupan dalam sudut yang lebih 'cerah' dan positif, InsyaAllah. Marilah kita berdoa semoga hujan ini membawa rahmat dan menghilangkan kesedihan kita semua....

AMIN

Monday 3 October 2011

"MEROYAN !"

"Meroyan dia je yang dia fikir, meroyan aku?"
   Salam kepada pembaca yang dirahmati Allah dan budiman. Sering kita mendengar ungkapan santai seperti di atas? Ungkapan ini diri dengar ketika singgah minum di sebuah kedai makan untuk mengisi masa menunggu si anak pulang sekolah. Ungkapan itu diucapkan oleh dua orang pekerja yang bermasam muka. Diri tercuit dan cuba berfikir di luar kotak.

    Kita manusia sering cuba mempertahankan hak sendiri tanpa cuba memasukkan hak yang lain. Diri tersentak seketika bila cuba mengenangkan jika Tuan Punya alam juga mengungkap demikian. Astagfirullah, tentu banyak hakNya yang diambil semula dan kita semua bertaburan menjadi 'debu' yang tiada punya apa-apa. Pertengkaran sering berlaku kerana kita punya nafsu. Jarang jualah pertengkaran cuba diuraikan dengan melihat 'kebaikan' dalam diri orang yang menjadi lawan. Diri sedang berkira-kira diri, belajar dari bilik darjah alam ini. Cuma, untuk kejadian tadi, diri hanya mampu berdoa semoga keadaan menjadi baik, supaya pelanggan yang lain tidak terkena 'tempias' panas mereka berdua. Maklumlah, pelanggan sedang menjamu selera. Teringat pesanan dulu-dulu, dari siapa diri tidak pasti tapi ia berbunyi 'jangan disiram petrol pada api, pasti lebih marak'. Bila berlaku situasi yang tidak diingini, bersabarlah dan beristigfarlah, pasti ada hikmah terhidang. Ingatan untuk diri yang sering juga lupa terkadang di dalam situasi panas begini.

   Selamat menjalani tanggungjawab harian dengan lebih harmoni, semoga kehidupan kita dihidangkan 'pengajaran' yang lazat untuk bekalan menuju yang pasti, Insya Allah, Amin.

- DIRI -
03.10.2011

Saturday 1 October 2011

Mata Saya atau Mata DIA?

Sumber; Google Images
Assalamualaikum kepada pembaca blog ini, pertamanya diri memanjatkan syukur kepada Allah atas daya yang dikurniakan untuk diri terus menaip dan diberikan ilham untuk berkongsi. Jika lebih diperincikan, terlalu banyak syukur yang tidak terucap atas nikmat yang terlalu banyak untuk dihitung. Diri juga tergolong dengan manusia yang lalai dan alpa dalam kesibukan tanpa sedar diri juga tersasar untuk mensyukuri. Lintas teringat diri mengucapkan syukur dan menanam benih taubat atas dosa yang dilakukan. Semoga kita semua dikurniakan kesedaran olehNya.
Dikala bangun dari tidur, terjaga dari lena, diri menoleh ke arah anak-anak.... bangun, terjaga, menoleh.... antara perbuatan yang melibatkan mata. Alhamdulilah, masih jelas penglihatan untuk melihat sekeliling dan spektrum kehidupan pada hari ini. Dalam samar, hati terdetik, akal berfikir, diri bertanya... Ya Allah, andai pagi ini, diri bangun membuka mata tanpa penglihatan, bagaimana akan diri ini terima takdirMU. Tentu, kusut kehidupan yang harus dimulakan 'semula' tanpa penglihatan. Tiada lagi rezeki melihat wajah ibu-bapa, anak-anak dan insan tersayang. Memang kusut. Namun, jika terjadi begitu, itulah nikmat redha yang ditiup ke dalam hati orang yang beriman. Redha menerima dugaan kerana iman yang kukuh memproses maklumat menyatakan, mata itu milik DIA bukan milik diri dan pasti dengan kehilangan penglihatan, tentu ada kebaikan yang Allah sediakan atas usaha redha dan sabar. Percaya itulah menguji tahap keimanan. Berpatah semula, adakah diri boleh bertindak 'redha' sebegitu dengan iman yang masih di hati yang sekejap pasang dan surut. Atau diri akan murung memberontak, membanding diri dan mengenang nasib tanpa menyerah pada Allah. Diri mohon dan merayu padaNya diberikan hidayah untuk mempertahankan keutuhan Taqwa dan Iman. Semoga hati kuat memegang cinta pada yang Esa dan sentiasa kerendahan hambaNya merajai hati.
Jauh mengelamun, diri tidak menunding, malah diri cuba berkata kepada diri. Jika semalam, kedut dan garis yang dilihat pada mata. Jika pagi ini, penglihatan yang bermain di benak. Apa yang harus diri lakukan untuk menjalani hari ini? Adakah diri perlu selesaikan masalah kedutan dan garis dengan menghabiskan masa, tenaga dan wang mencari produk yang efektif atau diri perlu lebih bermujahadah mencari buah-buah bekal untuk ke'sana' dengan mata ini. Jika ini mata saya; ya... jawapannya diri perlu lakukan sesuatu untuk memastikan mata ini cantik. Jika ini mata DIA; diri berdoa kepadaNya, semoga Allah membimbing diri untuk memaksimumkan pemberian mata ini untuk diri gunakan ke jalanNya dan dijauhkan daripada perbuatan yang sia-sia..... Amin, Ya Rabbal Al Amin. Biarlah mata usang berkedut, asalkan penglihatan kita jelas menuju rahmatNya. Usah biarkan mata cantik berhias tapi terhijab daripada meraih kebaikanNya. Wallahualam. Diri mengingatkan diri yang hina ini...

Friday 30 September 2011

Untuk Yg Sedang Berduka, BERDOALAH... Kita hanya HambaNya, Layak DIUJI.




Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.
Sumber; Google Images

Anti - Virus DOSA

Sumber: Google Images
Assalamualaikum kepada pembaca yang saya hormati. Terima kasih kerana sudi menjatuhkan pandangan kepada posting saya ini. Pagi ini ketika membuka laptop ini, terpandang kias rupa sendiri di bayang monitor, fokus melihat digaris tepi mata. Sudah tua, getus hati, kemudian terfikir tentang kematian dan kehidupan. Akhirnya yg menjadi buah fikiran adalah, sedar diri ini manusia yang hina yang sentiasa dikelilingi dengan dosa - dosa yang pelbagai kategorinya; dosa yang terdahulu mahupun dosa yang terkemudian, dosa yang lama mahupun dosa yang baru, dosa yang dilakukan tanpa sedar mahupun dosa yang dilakukan dengan sengaja, dosa yang kecil mahupun dosa yang besar, dosa yang tersembunyi mahupun dosa yang nyata. MasyaAllah, kerdil diri menyedari.... mujahadah terhadap diri adalah dugaan yang cukup hebat namun wajib dilaksanakan tanda penghargaan, syukur, cinta dan hamba kepada Allah. Akui diri, dalam membuat catatan ini, diri mungkin tidak sedar membuat dosa mengecilkan hati sesiapa tanpa sedar, diri mungkin mempunyai dosa menyinggung perasaan sesiapa, yang pasti, diri ini hanyalah hamba Allah yang hina, yang sedang berusaha menjadi khalifah yang ingin menyumbangkan kepada kemakmuran bumi Allah ini. Namun, setiap hela nafas adalah suatu pencarian, setiap hela nafas adalah perjuangan. Berbekal keyakinan dalam hati bahawa Allah itu maha penerima taubat dan maha pengampun, diri yg hina terus mencari jalan pulang dan pada masa yang sama mencari jalan hadapan kehidupan yang lebih bermakna. Subahanallah, hidayah Allah itu tumpah di mana - mana tanpa kita sedar. Sama ada mahu kita kutip, mahu kita raih, segalanya atas usaha dan kemahuan kita sebagai hamba Allah yang telah Allah kurniakan nikmat akal. Hari ini ingin saya berkongsi dengan pembaca yang masih setia membaca cacatan saya sehingga ayat ini. Perkongsian yang saya ambil daripada pembacaan majalah SOLUSI isu 36# m/s 67. "Tasbih Pemadam Dosa". Ketika membaca, terasa diri amat bertuah dilahirkan dalam nikmat beragama Islam. Walau dalam lalui kehidupan yang terdedah dengan pelbagai kategori dosa, Allah telah menunjukkan rahmat kasih sayangnya. Melalui Rasulullah, kita rupanya telah disediakan anti-virus penghapus dosa. Iaitu melalui pengamalan solat sunat tasbih.
Berikut di bawah adalah hadis yang menjadi sandaran tentang solat tasbih ini iaitu hadis dari riwayat Ibnu Abbas :
روي عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للعباس بن عبد المطلب‏:‏ ‏(‏يا عباس، يا عماة‏:‏ ألا أعطيك‏؟‏ ألا أمنحك‏؟‏ ألا أحبوك‏؟‏ ألا أفعل بك عشر خصال إذا أنت فعلت ذلك غفر الله لك ذنبك، أوله وأخره، وقديمه وحديثه، وخطأه وعمده، وصغيره وكبيره، وسره وعلانيته‏؟‏ عشر خصال‏:‏ إن تصلي أربع ركعات، تقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب وسورة، فإذا فرغت من القراءة في أول ركعة فقل وأنت قائم‏:‏ سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر، خمس عشرة مرة، ثم تركع فتقولها وأنت راكع عشراً، ثم ترفع رأسك من الركوع فتقولها عشراً، ثم تهوي ساجداً وتقولها وأنت ساجد عشراً ثم ترفع رأسك أومن السجود فتقولها عشراً، ثم تسجد فتقولها عشراً، ثم ترفع رأسك من السجود فتقولها عشراً، فذلك خمس وسبعون في كل ركعة، تفعل ذلك في أربع ركعات، وإن استطعت أن تصليها في كل يوم مرة فافعل، فإن لم تستطع ففي كل جمعة مرة، فإن لم تفعل ففي كل شهر مرة، فإن لم تفعل ففي كل سنة مرة، فإن لم تفعل ففي عمرك مرة‏)

Maksudnya : “Wahai Abbas Pakcikku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan shalat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surat, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian ruku’lah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sedang ruku, kemudian sujudlah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu

( HR Abu daud bab solat tasbih no : 1297 )

Melakukan dosa adalah kelemahan kita sebagai manusia, namun amalan pengampunan dosa adalah kenikmatan yang Allah berikan melalui ajaran Rasulullah utk menyelamatkan kita daripada terus sesat dan dapat menikmati nikmat kehidupan yang lebih tenang dan bermakna. Maka, peringatan utk diri, raihlah peluang ini dan diri berdoa semoga Allah kurniakan diri ini kekuatan untuk melaksanakan peluang ini dan mengukuhkan tanggungjawab ibadat wajib. Amin. InsyaAllah. Ayuh, kita kembali kepada Islam...

Thursday 29 September 2011

Kembali...

Sumber; Google Images
Salam ukhuwah kepada pembaca yang masih setia singgah dan menjenguk blog 'sepi' ini. Saya sendiri akui, terlalu lama tidak update kerana sibuk menguruskan tanggungjawab mengikut keutamaan. Hinggakan blog ini telah dikesampingkan untuk sementara waktu sehingga keadaan benar-benar mengizinkan supaya saya tidak zalim pada tanggungjawab saya. Maaf sekali lagi.
Kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang saya belajar di dalam bilik darjah 'kehidupan' ini. Bilik darjah yang tiada batas sempadan dan 'rakan kelas' yang sentiasa silih berganti tanpa had kapasiti pembelajaran. Gurunya ialah pengalaman dan pengetahuan yang Allah rezekikan kepada kita. Kesimpulan pada setiap pembelajaran yang saya dapat adalah; "KEMBALI KEPADA FITRAH....."
Kesimpulan ini yang saya gunakan setiap kali menemui jalan buntu dalam pembelajaran kehidupan saya. Melihat ke dalam diri, mencari fitrah diri, saya sedar saya hanya manusia hina yang tiada apa - apa tanpa izin dan upaya daripadaNya. Melihat kepada alam, mencari fitrah alam, terdetik hati melihat matahari yang terang, Allah yg mengizinkan hari ini siang dan diri masih bernafas dengan percuma. Siang yg cerah hari ini memberikan peringatan kepada diri untuk terus meniti kehidupan dengan batas kesedaran fitrah agar sentiasa di dalam 'jalan' yang betul. Mengenali diri adalah jalan utk kita mengenali pencipta dan Tuan Punya Alam ini. Semoga hari ini saya jalani dengan penuh hati-hati dan membuka ruang hati untuk menerima pembelajaran baru dan mempraktikkan pembelajaran yang sedia ada. Ya Allah, bimbinglah hati-hati kami kerana kami adalah hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya.... Amin.

Sunday 14 August 2011

Kita Tidak Dapat Menjangka...

Sumber Google images
Salam kepada pembaca yang masih lagi sudi singgah dan menjenguk blog saya yang saya kira sudah cukup lama tidak dikemaskini. Pertamanya saya memohon kemaafan atas kelemahan saya membahagikan masa dan menghadapi 'surpise' dalam kehidupan yang kita tidak dapat menjangka. Jujurnya,terlalu banyak yang ingin dikongsikan namun, saya harus berfikir panjang supaya perkongsian saya tidak akan menyinggung pihak - pihak yang tertentu. Kejadian demi kejadian menjadikan insan ini yang lebih mahu untuk berhati - hati dalam setiap tindakan dalam kehidupan kita. Adakalanya tanpa sedar, kita telah menyinggung perasaan mereka dan harus bagaimana pula untuk kita meminta kemaafan atas kesalahan tanpa sedar kita itu. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada kesalahan - kesalahan yang tidak bisa kita sedar.
Apa yang mahu saya kongsikan hari ini mungkin agak jarang untuk kita fikirkan dalam kehidupan kita... itulah yang saya hadapi dan pelajari sepanjang 'kehilangan' saya daripada blog ini. Dia bukanlah seseorang yang dekat dengan saya, tetapi asalnya, dia hanyalah sama seperti klien saya yang lain. Namun, dia terpilih dan terlalu tabah untuk saya katakan dan jika saya diuji, saya mungkin tidak akan mampu. Kes kali ini cukup membuka minda saya untuk lebih memahami keadaan yang sebenar dan mungkin ini adalah titik tolak untuk saya membantu komuniti yang memerlukan jika hanya berbanding dengan klien yang saya dealing di sekolah setiap hari.
Siapa yang mahu.... dan tidak ada siapa yang minta..... jika kita semua diuji dengan penyakit yang saya kira masih pelik untuk difahami sehingga ada yang mudah membuat konklusi sebagai GILA. Tetapi kita telah bertindak kejam jika terus lompat kepada kesimpulan yang agak menghukum, sedangkan kita tidak mempunyai ilmu untuk memahaminya. Saya mengingatkan diri, jangan terus membuat kesimpulan sehingga kita benar-benar memahami. Itulah saya kini, mencari kefahaman supaya dapat saya terus membantu dengan mengambil kira, jika saya diuji demikian, saya mungkin sedikit bersedia, kita tidak dapat menjangka.
Dia telah disahkan menghidap SCHIZOPHERNIA... semoga perkongsian saya ini akan membuka mata kita semua dan kita menjadi lebih sedar bahawa sesiapa saja boleh mendapat penyakit ini di mana nisbah nya adalah 1:100. Saya terpanggil untuk menyebarkan maklumat ini, kerana saya percaya di luar sana, masih ramai yang tidak mendapatkan rawatan kerana takut akan stigma GILA sedangkan ianya sesuatu penyakit yang boleh dirawat dan dipulihkan. InsyaAllah.....

Tuesday 5 July 2011

RECIPE FOR A TASTY TEACHER

Sumber; Google images
The Ingredients;
·         1 bowl Passion
·         1 cup Caring
·         2 cups Knowledge
·         ½ cup Good Communication
·         ¼ cup Relevance
·         3 cups Encouragement
·         2 tbsp. Task Oriented
·         2 tbsp. Flexibility
·         1 tbsp. Outgoing Personality
·         4 tbsp. Positive Attitude
·         8 tbsp. Respect
·         A pinch of Humor

1.       Whisk together Caring, Knowledge and Good Communication in a bowl of Passion. Stir together Respect and a Positive Attitude in a cup.

2.       Beat together items in the bowl of Passion and Flexibility with an electric mixer until comfortable and responsible, about 3 minutes, and then add Encouragement until combined well.


3.       Mix all of the above together and a little Task Oriented alternately in batches at low speed (scraping down side of bowl occasionally), beginning and ending with the caring mixture. Mix until smooth.

4.       Spoon ¼ cup Relevance about 2 inches apart and spread onto an experienced large background. Bake in middle of oven until just right, and teachers react when hot, 15 to 17 minutes. Transfer with a metal spatula to a rack and chill (to cool quickly), about 5 minutes. Sprinkle a pinch of Humor and wha laa….! You have your TASTY TEACHER! Enjoy!

Creative Ideas - Bersama Anak-anak

Salam kepada pembaca yang budiman. Sebelum mata dipejamkan untuk saat seterusnya, ingin saya berkongsi sesuatu untuk mereka yang bergelar ibu bapa atau sesiapa yang dekat dengan anak - anak yang sedang membesar. Posting ini khas saya tujukan kepada anak saya sofea dan hana. Dan saya mengharapkan, apabila mereka menjadi ibu suatu ketika kelak, akan menggunakan sebaiknya pengalaman yang dilalui. Setiap anak dilahirkan fitrah dan mempunyai potensi yang sangat luar biasa. Yang akan menghilangkan potensi ini adalah ibu bapa sebagai guru pertama yang gagal untuk melihat kebaikan secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak sedar. Dan saya sendiri, baru sedar akan potensi anak sulung saya yang amat berminat dengan 'seni'. Hasratnya ingin melakukan sesuatu untuk jariah amal. Saya bertanya, contoh? dia berkata kepada saya, melihat di suatu cerita di dalam TV, tentang brownies yang dimasak oleh girl scout dan kemudian, brownies itu dijual utk tujuan charity. Dia ingin lakukan sesuatu seperti contoh yang baik itu... tetapi dalam kapasitinya. Dan hari cuti Isnin ini saya penuhi dengan menyiapkan bookmarker bersama anak-anak perempuan saya. Alhamdulilah, terhasil 100 pcs semua dan akan dijual esok. Anak saya berniat utk sedekahkah 20% daripada hasil keuntungan bersih ke masjid yang berdekatan. Sebelum tidur, saya ingatkan anak untuk bersolat hajat, semoga Allah mudahkan urusannya esok dan tabahkan hatinya jika diuji kegagalan untuk mendapatkan 'pelanggan'.
Dapat saya rasakan keghairahan di dalam dirinya. Bersungguh-sungguh melakukan dari mula hingga siap 100 pcs semuanya. Fasa 'penjualan' akan menjadi cabaran kedua untuknya. Sebagai ibu, saya berdoa semoga Allah membantunya dan yang paling penting, dia belajar dari setiap pengalaman dan menggarapkan pengalaman itu di dalam nilai mukmin.
Di posting ini, saya cuma ingin menyarankan diri saya dan pembaca supaya menjadi ibu bapa yang lebih 'halus' dan sensitif kepada potensi anak2 dan sentiasa berdoa pada Allah utk membimbing kita menjadi ibu bapa yang mukmin. Kepada yang ingin mencuba, bolehlah meluangkan masa menghasilkan bookmark yang simple seperti kami. Pada saya sesuai sebagai permulaan untuk anak saya yang berumur 7 dan 3 tahun. Tergelak juga saya, bila si adik juga ingin kan 10% untung atas usahanya. Si kakak tersengih setuju... siap deal lagi... Anak - anak mmg terlalu istimewa. Di saat posting ini, kedua-duanya telah lena menunggu esok. Ya Allah.... jadikan esok bagi kami kebaikan dan lebih baik dari hari ini, Amin. Selawat dan salam atas Baginda Rasulullah yang membawa rahmat Islam kepada kita semua, Amin. Selamat malam semua yang membaca..... Doakan anak saya berjaya untuk perniagaan pertamanya esok! amin....





(p/s: ada sesiapa yang berminat dgn bookmarker anak saya, boleh juga tempah..... sila email saya yer azila79aziz@gmail.com )

Monday 4 July 2011

AKTIVITI HUJUNG MINGGU SAYA

Ladybirds - 100 pcs for Pn. Dina (Aqiqah cucu)
 Alhamdulilah..., berehat seketika, ambil peluang buka littlebookhut. Lama juga setelah balik dari KEM SHIELDS minggu lepas, tak update secara tetap di dalam blog ini. Sibuk hujung minggu menyiapkan tempahan yang ditempah. Alhamdulilah, untuk tempahan Pn. Dina, telah selamat diserahkan pada hari Ahad. Tempahan coklat ladybird untuk majlis aqiqah cucunya. Kalau ada sesiapa yg berminat untuk menempah, boleh email kepada saya di azila79aziz@gmail.com.

Ferrero Roche - 100 pcs, (Status... sedang menyiapkan)
Ini yang masih pending... lagi 25 pcs untuk disiapkan. Hari rabu ni nak deliver kepada saudari Eisya. Selamat bertunang yer..... InsyaAllah, esok siap. Littlebookhut doakan untuk kedua-dua pelanggan, semoga perjalanan majlis nanti mendapat keberkatan Ilahi dan memberikan kebahagiaan dalam kehidupan, Amin.

Happy Birthday - ANITA

Salam kepada pembaca... Kesempatan ini saya ingin kongsikan ucapan Selamat Hari Lahir kepada insan yang bernama ANITA. Saya tidak mengenalinya, tetapi littlebookhut telah diamanahkan untuk menghantar hadiah istimewa kepada Anita. Harapan littlebookhut, semoga hadiah buku yang diterima akan menjadi bekal ilmu sepanjang hayat dan pengetahuan di dalamnya dijadikan penyuluh jiwa. Bertuah Anita mempunyai sahabat yang sentiasa menghargai persahabatan. Buat Siti Rohana dan Anita, littlebookhut doakan persahabatan anda berdua diberkati Allah. Sekali lagi, selamat hari lahir Anita...

(Siti Rohana: Thanks kerana menggunakan perkhidmatan littlebookhut, Alhamdulilah...sudilah singgah di littlebookhut lagi untuk perkongsian Ilmu yer)

Sunday 3 July 2011

TENTANG SYAABAN


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

Sumber; Google Images
 “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


FADHILAT BULAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."




SEJARAH PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN

1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
(Sumber: Jabatan Mufti Melaka)

Mari Berdoa


Saturday 2 July 2011

Hutan Hijau vs Hutan Konkrit

Salam kepada pembaca yang masih sudi membaca blog saya. Pertamanya saya panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas kekuatan yang diberikan lagi kepada saya untuk meneruskan sedikit perkongsian setelah seminggu 'menyepi' kerana tugas untuk menjadi Fasilitator bagi anak - anak yang menyertai Kem SHIELDS. Alhamdulilah, hari ini juga dapat kekuatan dan rezeki untuk menyertai kemeriahan sekolah meraikan acara 1M1S1M. Kini, di kala menulis sekolah sedang sibuk dengan acara - acara yang disusun untuk anak - anak didik dan guru - guru bermesra. Penat di padang futsal, berlari ke atas dewan untuk memantau perjalanan ceramah yang saya kira amat penting untuk pendedahan kepada para pelajar. Tapi itulah, ragam pelajar di usia ini, mana maunya untuk mendengar apa lagi ceramah yang menentang 'ragam' zaman mereka. Dalam hati saya berdoa semoga cepat anak - anak didik ini mendapat petunjuk hati untuk mereka bersedia mendukung tanggungjawab bangsa yang saya kira semakin hari semakin tenat. Dalam hati melihatkan mereka, hati menjadi gerun.....
Hiruk - pikuk hutan konkrit membuatkan hati saya begitu rindu pada suasana seminggu lepas yang saya lalui. Hutan hijau yang tenang dan damai. Deruan air sungai yang tidak putus .... tenang walaupun bertali arus. Batu - batu sungai yang gagah menahan air melompat percik jernih. Kala cecah jari, terasa sejuk menyerbu seluruh badan..... Tenang hati.... itu yang saya rasakan. Walaupun hakikat, anak - anak yang dididik di kem itu ragamnya hampir sama dengan ragam anak di sekolah, tetapi keadaan sekeliling banyak membantu anak - anak ini untuk lebih bertindak 'tajam' dan 'tenang'. Tajam untuk menerobos diri dan tenang menghadapi situasi.
Jelas semalam, apabila hutan konkrit menyambut kepulangan mereka.... anak - anak ini mula agresif mencari kebiasaan yang 'dirindui'. Tanpa segan silu, gerai berdekatan menjadi punca mendapatkan bekalan rokok yang gian dirindui. Di kem segalanya disekat untuk dididik, dilepas kemudian mereka kembali asal. Gagal kah kami? tapi masih ingat kata - kata salah seorang yang berkongsi, walaupun apa, kita tidak boleh putus asa dan masih perlu terus berharap semoga anak - anak ini akan berubah. 10 yang diberi, 8 diterima, walau 3 diamal tetap kejayaan. Biar nampak luar gagal, tapi sekurang-kurangnya kami telah berusaha.
Jika ada anak - anak KEM SHIELDS yang membaca posting saya ini; doa cikgu tetap cikgu panjatkan semoga Kalian berubah menjadi yang terbaik seperti yang telah kita katakan di kem. Mereka di luar mungkin tidak tahu, tapi cikgu yakin... dalam diri kalian BOLEH!. Cikgu berazam, dengan rezeki yang Allah kurniakan, pengalaman demi pengalaman akan cikgu jadikan pembakar semangat untuk terus mendidik dan membantu siapa sahaja yang memerlukan. Semoga, jariah cikgu yang sedikit dapat memberi harapan untuk perubahan yang lebih positif.
Hutan hijau amat dirindui akan ketenangannya, dan semangat ketenangan itu akan dijadikan bekal untuk berjuang hidup di dalam hutan konkrit yang 'panas' dan mencabar. Pesan diri, walaupun hutan konkrit dikeliling diri, namun, sedikit usaha, hujung minggu.... hutan hijau boleh menjadi terapi ketenangan. InsyaAllah, mungkin perkongsian ini saya boleh sarankan kepada rakan ibu bapa untuk membawa anak - anak dan keluarga keluar dari hutan konkrit seketika. Carilah ketenangan melalui alam dan ambillah peluang mengenali diri kita dan lihatlah mata anak-anak kita untuk kita kenal kehidupan yang sedang mereka lalui. Suasana yang tenang dapat membantu diri, InsyaAllah. Jadi benarlah bukti Ayat di Dalam Al-Quran;
Hutan Hijau
Sumber: Google Images


Hutan Bandar
Sumber; Google Images


Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan/isteri- isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (2:25)Jom, kita cari terapi ketenangan dengan belajar daripada alam Allah.... InsyaAllah....


Tuesday 21 June 2011

Petikan Buku Rahsia Perubatan Habbatus Sauda


Hidayah Publisher
 Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam." Aisyah r.ha. pun bertanya: " Apakah Al Saam itu?" Jawab Baginda s.a.w. "Mati." (Riwayat Al-Muslim)
Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda'" yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan "Nigellon" yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan "Nigellon" dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan "Histamine" dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan "Cisplatin",  yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat "Cisplatin" ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti "E Coli", "Strep.Fecalis" dan "Bacillus subtilis." Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.
Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: " Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i.   Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii.  Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi."

Buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda' yang dikarang oleh DOKTOR HASSAN SYAMSI BAASYA TERJEMAHAN : ABDUL KHAIRI AL-LATIFI yang diterbitkan oleh Al-Hidayah Publishers.
Sekiranya saudara/saudari berminat untuk membeli Habbatus Sauda, boleh PM saya.

KEMATIAN

Sumber Google Images
Salam kepada pembaca yang masih setia bersama blog saya yang masih saya kira 'lemah' dan bertatih lagi. Jam 7.30 pagi, radio didengar teliti. Pasti IKIM akan memberikan santapan jiwa untuk memulakan pagi. Tahniah.
Pagi ini, yg menyentuh hati saya adalah perkataan yang diulang 4 kali sepanjang tazkirah yang diberikan, 2 di awalan dan 2 di akhir..... dan saya kira, ianya suatu peringatan penting.
"Perjalanan menuju kematian telah bermula sejak kita dilahirkan" Gerun hati merenung bait itu. Timbul sedar dan ketakutan kerana buah bekalan belum cukup. Diri masih tercari-cari Ilahi. Menjadikan diri hamba kepada Tuhan masih dalam perjalanan. Jujur diri, masih tersasar bertuankan dunia dalam jiwa. Takut pada persepsi manusia..... takut pada ketinggalan trend, rupanya diri telah 'angkuh' pada yang mencipta saya. Ya Allah, ampun berdetik dalam diri yang kotor dan berdosa.
Tarikh kematian telah Dia tentukan... mungkin dalam detik jari ligat menaip posting ini, Malaikat maut merentap nyawa. Diri sendiri tidak tahu. Mungkin kerana 'tidak tahu' itu menjadikan kita tidak menyambut kematian seperti kita menyambut kelahiran yang kita nampak proses perut si ibu membesar. Anak di sambut meriah di balut kain lampin lembut.... diraikan kerana kita bersedia..... Jika detik kematian, jasad dibalut kain kapan yang belum tentu ada 'bekal' di rumah. Kenapa tidak disambut kematian seperti kelahiran? Kerana kelahiran itu fitrah yang bersih suci, kematian kita pula membawa bekal dosa atau pahala..... hanya diri dan Allah yang tahu. Diraikan tangis hiba.
Semoga apa yang dipelajari pagi ini melalui motivasi ringkas itu, menjadikan diri lebih cerdik meletakkan perancangan harian supaya segalanya adalah ibadah. Dengan mengharap, mati dalam keadaan yang baik, kesudahan yang baik, InsyaAllah. Di kala menulis, kepada yang membaca, hari - hari yang kita lalui BERHATI-HATILAH... saya sendiri sering tersasar.... namun kasih Allah lebih luas. Marilah kita bertaubat atas setiap nafas kita, beristighfar merendah diri sebagai hamba. Semoga kita menjadi hambaNya yang direzekikan 'kesedaran' hati sentiasa. Segalanya saya ingatkan kepada diri saya sendiri dan diri saya yg kotor berdosa. InsyaAllah..... Untuk hari ini, marilah kita hidupkan mati di hati kita supaya hidup kita untuk kematian. Kematian bukanlah pengakhiran, tetapi kematian adalah permulaan hidup yang kekal sebenar... Ya Allah, jauhkan diriku dan diri kami semua daripada tertipu di sini, supaya kami berjaya di sana..... Amin
(Alhamdulilah pertamanya pada Tuan Punya Alam ini atas rezeki peringatan ini dan keduanya, terima kasih atas kedua ibubapa saya atas doa mereka pada saya yang tak pernah putus dan ketiga, terima kasih Ustaz Pahrol atas ingatan yang begitu menyedarkan saya....)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...