Friday 10 June 2011

KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI STORMREADERS

Salam kepada pembaca yang budiman, posting kali ini ingin saya kongsikan pengalaman saya tentang keistimewaan menjadi ahli Stormreaders Network. Sudilah membaca dengan penuh hikmah dan buah fikiran yang terbuka, InsyaAllah.
Di dalam posting sebelum ini ada saya cerita secara detail mengenai kad keahlian stormreaders. Untuk pengetahuan para pembaca, saya juga adalah ahli kepada dua kumpulan kedai buku yang terkemuka di Malaysia. Bukan untuk berbangga tetapi saya ingin mengajak semua pembaca untuk menganalisis. Saya adalah ahli kedai buku POPULAR dan MPH sejak sekian lama. Dan tujuan saya menjadi ahli ini adalah untuk menggunakan kemudahan yang diberikan, tak lain dan tak bukan adalah untuk mendapatkan DISKAUN, hehehehe. Mari kita kongsi kelebihan dan keistimewaan menjadi pemegang kad - kad keahlian ini;
POPULAR MEMBER CARD
Maklumat Yuran Ahli;
  • POPULAR Adult Card 1-year                    RM12.00
    POPULAR Privileged Card 3-year             RM25.00
    Teachers Privileged Card 1-year               RM12.00 POPULAR Student Card 2-year                RM10.00
    * Only applicable to apply at POPULAR Bookstores & student age 7 - 18 years old.
(Saya adalah pemegang POPULAR Privileged Card 3-year, jimat sebab setahun RM 12.00, kalau tiga tahun RM 12.00 x 3 tahun = RM 36.00, sedangkan kalau ambil terus 3 tahun baru RM 25.00, so jimat RM 11.00. )



MPH-MRC MEMBER CARD

Maklumat Yuran Ahli:
RM 20.00 untuk dua tahun dan untuk renew, bayaran RM 20.00 untuk dua tahun
(Murah sikit daripada POPULAR kan..... hehehehe, tapi nak beli buku tak ada diskaun)

Kelebihan ahli:
Setiap pembelian RM1 = 1 point untuk dikumpulkan dalam 2 terma setahun. Maknanya point tu boleh luput, huhuhuhu. Tapi tak dapat diskaun, sehingga pembelian mencecah RM 300 baru dapat rebate 5 % jer. Untuk RM1000 ke atas baru dapat rebate 10 % (hehehehe, kalau POPULAR terus dapat 10% diskaun)

Perlindungan ahli; TIADA

Mata Point: ADA, RM 1.00 = 1 point, kena kumpul untuk dapatkan diskaun.



STORMREADERS NETWORK MEMBER CARD

Maklumat Yuran Ahli : RM 90.00 tahunan
 (hehehe.... inilah keahlian saya yang paling mahal, tapi...... ganjarannya besar....)

Kelebihan Ahli :
  • Dapat 20% komisyen daripada jualan E-Store peribadi ( Ini bermakna, kalau saya sendiri beli buku daripada e-store saya, kira diskaun 20% laa kan... kalau orang lain yang beli daripada e-store saya, kira saya dapat tambah pendapatan laa kan, untung.... Alhamdulilah)
  • Dapat 10% komisyen daripada jualan E-Store tajaan. (Ini bermakna, kalau orang membeli daripada e-store orang bawah tajaan saya, saya dapat 10% komisyen.... kira bonuslah yer... rezeki Allah, bestkan....)
  • Menjadi ahli stormreaders, kita dpt kedai buku online (E-Store) dan virtual office (E-Net) yang diselenggara oleh stormreaders networking. Untung betul... cuba sewa virtual office yang lain, biasanya sewa bulanan RM 60, hehehehe yang best kedai buku online tu adalah kedai buku kita sendiri. Tak payah simpan stok dan urus stok.
Perlindungan Ahli : ADA, cuba rujuk http://littlebookhut.blogspot.com/2011/06/kad-keahlian.html

Mata Point: ADA.... CP yang terkumpul mana tahu boleh rezekikan kita mengerjakan UMRAH.... InsyaAllah. POPULAR dan MPH tak offer pergi Umrah tau....

Itulah sedikit perbandingan mengenai ketiga - tiga keahlian berkaitan 'buku' yang saya ada. Jangan salah sangka, saya bukan nak merendah-rendahkan yang lain, jujur, saya masih menggunakan keistimewaan ketiga-tiga kad saya itu. POPULAR saya gunakan untuk penjimatan 10-20% ke atas alat tulis dan buku - buku kerja sekolah anak-anak saya, MPH_MRC saya gunakan untuk beli buku - buku terbitan antarabangsa yang berkaitan dengan karier saya dan STORMREADERS saya gunakan untuk saya membeli sendiri buku - buku agama yang saya minati. Kalau beli kat POPULAR atau MPH saya tak dapat 20 % komisyen, dan tak dapat nak kumpul CP utk ke umrah (itu harapan saya dan motivasi saya). Kalau pembaca berminat, bolehlah hubungi saya azila79aziz@gmail.com atau isi borang pendaftaran ahli di blog saya ini,
atau boleh terus hubungi mana - mana MOBILE STOCKIST yang ada terdapat di dalam majalah SOLUSI. Saya suka berkongsi rezeki dan tak kisah.... yang penting saya gembira dapat berkongsi maklumat ini untuk kebaikan kita semua. Saya berdoa semoga kita semua mendapat kebaikan melalui perkongsian saya ini.  Oh yer... lagi satu sebelum saya terlupa.... STORMREADERS ini adalah 100% patuh syariah.....
Akhir kata; selamat berhujung minggu daripada saya sekeluarga.... dan semoga perjalanan kehidupan kita mendapat berkat daripada Ilahi.....
SALAM SEJAHTERA.....!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...