Alhamdulilah, direzekikan hari ini dapat bersolat maghrib di rumah dan selesai menunaikannya. Jarang dapat peluang begini. Terima kasih Allah. Ketika selesai membaca doa, termenung seketika melihat sejadah yang putih polos di depan mata. Teringat kepada sahabat yang menghadiahkan sejadah putih itu... Tangan ditadah, hadiah fatihah disedekahkan untuknya. Semoga Allah merahmatinya, pemberian sejadah putih kepada saya begitu bermakna kerana dengannya membantu saya lebih melatih kusyuk di dalam solat. Saya ni agak sukar fokus fikiran kepada solat. Saya akui jujur. Fikiran selalu menerawang dan InsyaAllah, saya cuba melatih diri dan teruskan berlatih. Walaupun kita tahu mengerjakan solat, tetapi mencari jiwa dan menghidupkan ruh solat adalah suatu yang sukar dicapai. Tidak tahu orang lain, tetapi saya merasakan solat saya masih 'longgar'. Sebab itu saya perlu tajamkan lagi penghayatan kepada solat untuk meraih redha Allah. Semoga Allah hidayahkan kepada saya kekusyukkan dalam solat.
Teringat pula semalam, rakan sejawat bertanya ketika saya membentangkan sejadah putih 'kegemaran' saya itu. "Kat mana dapat sejadah ni?" saya kata kawan yang berikan, kalau dia nak saya akan usaha carikan. "Mestilah dia nak!" katanya. Melihatkan kesungguhannya, saya bertekad berusaha mencari untuknya. "Kalau ada akak nak 2 atau 3 yer". "Biar benar?" tanya saya mengulang kepastian.... "ya betul... nak," ringkas katanya.... tapi dapat saya rasakan kesungguhan.
Hari ini saya bertanyakan kepada sahabat saya. Dia gembira dan InsyaAllah akan berusaha dapatkan. Lamunan di sambung lagi.... "mama, boleh kakak ambil sejadah putih ni tak?" tanya anak perempuan sulung saya suatu ketika dulu. "Sejadah kakak banyak bunga laa.... kak selalu berangan masa solat!" laa... kata hatiku, besar juga peranan sejadah ni yer. "Ambil lah kakak," Dan bila berkongsi dengan sahabat saya... Lantas beberapa ketika, dia hadiahkan lagi sejadah putih untuk saya untuk kesekian kali. Kini, anak saya ada sehelai, saya ada sehelai.
Saya akui, sejadah putih ini membantu saya menghayati solat. Putih polos mengingatkan saya kapan kematian.Juga mengingatkan saya bersujud dilantai marmar putih bersih di dataran tawaf masjidilharam. Putih.... kosong.... saya rindukannya. Terima kasih sahabat atas pemberian yang dapat mengubat rindu walaupun ia hanya lapik cotton putih, tidak sehebat marmar putih, namun membantu saya melatih sifat ubbudiyah di dalam solat. Tapi nafsu masih tebal.... tangisan anak masih didengari ketika solat, bunyi enjin kereta diluar juga dapat dikesan jelas ketika solat. Ya Allah, jauhnya lagi kualiti solatku. Atas dasar itu, jiwa solat saya harus kayakan.... bagaimana.... ILMU jawapannya. Saya berusaha membaca bacaan yang membantu jiwa dan saya akan terus berusaha. InsyaAllah.
Jika sesiapa pembaca ingin mendapatkan sejadah putih ini, email pada saya ye, azila79aziz@gmail.com. Bukan promosi, kebetulan sahabat saya bertanya ada ke yang berminat lagi.... jadi peluang ini saya kongsikan kepada yang berminat dan saya cuba usahakan. Niat saya jariah, untuk bantu kita semua lebih penghayatan di dalam solat. Gambar saya akan loadkan kemudian sebab camera saya tgh charge bateri. InsyaAllah. Dah azan, jom solat Isyak.... dan semoga kita diberikan kejayaan Islam. Amin
Yuk, kita hayati puisi ini, saya google tentang sejadah putih, terjumpa puisi ini;
Sajadah Putih
Di atas sajadah putih
Terbentang keagungan Maha Segala
Berhambur kemurahan tak terangkai
Dan berlimpah rahmat sepenuh-penuh
Di atas sajadah putih
Umat’ dina bersujud syukur muliakan Nama di atas langit segala langit
Hamba hina bersimpah pasrah berharap kemurahan Sang Pemurah
Di atas sajadah putih:
Kepasrahan dan kedinaan bersua Kemuliaan
Kefanaan datang menyapa Keilahian!
Denpasar, 1998
Pos Kupang, Edisi 13 Juli 2008 halaman 6
No comments:
Post a Comment