Sunday, 12 June 2011

STRATEGIC PLANNING

Petikan;
Berita Harian (Sabtu 27/12/2008)
Kejayaan Hijrah Hasil Perancangan Strategik
Oleh Ghafani Awang Teh, Panel Penulis Jakim.
 
"Program Madinah bukti kebijaksanaan Rasulullah bentuk tamadun ummah
Hijrah bermakna perubahan yang membina masa depan cemerlang dan mewujudkan ummah bertakwa. Hijrah untuk kebaikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara pada dasarnya selari dengan keperluan fitrah kejadian manusia.
 
Bagaimanapun, perubahan itu tidak berlaku dengan sekelip mata atau secara kebetulan, tetapi memerlukan perancangan strategik.
 
Menurut Stone dan Wankel dalam buku Pengurusan (terjemahan Ibrahim Yaakub,1986) menyatakan perancangan strategik ialah proses perancangan jangka panjang bagi sesuatu organisasi membentuk wawasan, dasar, hala tuju, membuat keputusan dan pelan tindakan untuk mencapai matlamat tertentu."
 
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah tiga perkataan yang saya highlightkan di atas iaitu;
1. Kejayaan
2. Kebijaksanaan Rasulullah
3. Perancangan Strategik

Perkataan perancangan strategik itu telah lali saya dengar di kebanyakkan buku, bahan, ORGANIZASI... malahan di dalam ceramah - ceramah berkaitan motivasi dan pembangunan diri. Logik akal, setiap yang mempunyai perancangan strategik, tentulah akan tersusun dan lancar. Atas izin Allah....
Perancangan strategik Rasulullah telah menjayakan rancangan penghijrahan dan membawa impak di dalam sejarah perkembangan Islam.
Oleh itu, ingin saya kecilkan skop perancagan strategik dengan fokus untuk membaiki kehidupan kita secara harian. Hasil penulisan saya, saya mulakan untuk memperingati diri saya sendiri terlebih dahulu sebelum saya sampaikan perkongsian kepada rakan pembaca yang lain.
Mari kita buat perancangan strategik selama seminggu dulu.... (saya menggunakan diri saya sebagai contoh...)

Kenalpasti keadaan dan tanggungjawab
Isnin - Jumaat (hari persekolahan)
5.00 bangun pagi
6.30 bertolak ke sekolah (puchong - kepong via LDP)
7.00 sampai sekolah anak
7.30 - 11.00 (FREE TIME)
12.00 - 6.45 waktu bekerja
7.00 - 8.30 bertolak pulang (kepong-puchong)
9.00 - 12.00 (FREE TIME)

jujur, inilah hari-hari keadaan diri saya yang perlu saya susun sebaiknya. Bangun seawal 5.00 pagi untuk bersiap, solat, bersarapan dan ke sekolah. Hinggalah sampai rumah kepenatan pada jam lebih kurang 8.30 malam. Anak yang pertama jadualnya hampir sama seperti saya kerana di juga bersekolah di kepong. Anak yang kedua, dihantar seawal 6.15 pagi dan dijemput dari rumah pengasuh selewat jam 8.30 mlm kadang-kadang cecah jam 9.00 jika kesesakan lalulintas teruk.

Saya ingin jadi orang yang berjaya dan tidak mahu alasan kesibukan mengagalkan saya menjadi anak. ibu, pekerja dan umat Islam yang baik. Jadi seperti hari sabtu dan ahad, adalah masa saya menyusun strategi mingguan. Seperti hari ini; saya telah menyediakan;

BAB PAKAIAN:
1. pakaian sekolah anak (sekolah rendah dan sekolah agama, pakaian salin di rumah transit, telekung, beg keperluan yang berkaitan ),
2. pakaian anak yang kedua di rumah pengasuh dan stok bekalan selama seminggu cukup,
3. pakaian pekerjaan saya disediakan juga untuk seminggu.

SEMAK JADUAL BUKU/KELAS BERSAMA ANAK:
1. semak jadual harian sekolah agama dan sekolah rendahnya. Susun buku - buku mengikut keperluan harian dan ikat dgn getah fail mengikut hari (Ini tip yang diamalkan oleh anak rakan guru saya.... dan saya baru amalkan selama 2 bulan, sangat berkesan) mudah anak saya mengenal pasti buku nya .... Terima kasih kepada kak Zura (SMK Menjalara) dan rakan anak saya 'KAK WIN' .....
2. buku-buku dan beg kelas tambahan di kemas dan di masukkan ke dalam kereta.
3. beg-beg sekolah rendah dan agama dimasukkan dalam kereta.
4. keperluan khas seperti pendidikan seni juga diletakkan di dalam kereta.
(Kira kereta saya ini rumah kedua saya..... hehehehe yang penting kebajikan anak-anak....)

BAB MAKANAN ANAK:
1. Pastikan jadual bekal makan sekolah anak utk Isnin hingga Jumaat. (Macam anak saya minat minum milo... jadi bekalan utk seminggu telah siap utk sekolah rendah dan agamanya)
2. Bahan-bahan yang hendak dimasak utk sarapan cukup dan mudah utk masak diwaktu pagi, macam nasi goreng ke, mee goreng ke, nasi lemak ke.... (boleh makan sarapan dan bekal anak).
3. Mana yang boleh siapkan malam macam sambal nasi lemak, saya sediakan pada waktu malam.

Apa yang saya lakukan di atas adalah perancangan strategik untuk seminggu. Jadi kalau saya terlambat sikit pun, saya tak kelam kabut kerana semua telah ada dalam kereta dan pakaian telah tersedia. Makanan kalau terlambat, boleh beli di gerai orang Islam kita yang menjual kuih di waktu pagi.... Saya juga pernah cuba amalkan mengosok baju harian, memang memenatkan dan kelam kabut. Saya lebih suka susun dan rancang awal.

Jadi, perkongsian saya yang saya sendiri akui tidak berapa tersusun ini bertujuan berkongsi dengan rakan pembaca tentang sedikit pengurusan masa untuk mengurangkan tekanan kita di dalam kehidupan terutama ibu-ibu yang bekerja seperti saya. Saya tidak ada pembantu rumah. Jadi saya perlu menguruskan sebaiknya. Sebab, bila keadaan tidak ada perancangan, kita akan jadi kelam kabut dan mengubah emosi kita menjadi seorang yang pemarah. Tentu kalau kita kelam kabut, ia akan memberi kesan kepada sekeliling, contohnya jika hari-hari di waktu pagi kita kelam kabut, kita akan marah-marah anak di dalam kereta.... kesian anak kita... Bercakap begini, saya pernah mengalaminya dan saya kesal. Kerana itu saya belajar daripada kesilapan saya dan mahu anak-anak saya membesar baik. Jadi.... jika Rasulullah mengamalkan perancangan.... ini bermakna kita kena ikut sunnahnya dengan menjalani kehidupan kita dengan perancangan dan jangan lupa.... berdoa pada Allah agar dimudahkan urusan yang dirancangkan. Kita hanya hamba, Allah yang menentukan walaupun kita telah merancang, kerana Allah maha mengetahui apa yang lebih baik. Yang penting kita dah berusaha mengikut sunnah Rasullullah kan?
Jadi, marilah kita mula mengatur perancangan seperti yang diunjurkan oleh Rasulullah dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat dalam redha Allah. Wallahualam....

Panjang lagi hendak dikongsikan. InsyaAllah di lain waktu yang sesuai.... perkongsian sebelum penutup, terimalah formula asas ini

Kejayaan = Mengikut Sunnah Rasulullah
Kejayaan = (Akhlak Baginda + Perancangan Strategik)

Marilah kita mengurus nyawa kita sebaiknya berpandukan AL-Quran dan Sunnah Baginda,  InsyaAllah.

Selamat kembali ke sekolah......


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...