Telah sampai diperkarangan sekolah agama anak. Ingin membuat kejutan kepadanya. Kejutan sedikit, pasti dia suka, mama ambil dari sekolah. Peluang ini jarang didapati sebagai ibu yang berkerja.... Kebetulan habis meeting, terus ke sini, sempat. Masih awal 10 minit. Nak solat berjemaah asar dengannya.
Sepanjang perjalanan selepas menghadiri mesyuarat... kepala berfikir, meneropong sejauh mungkin. Bagus, kata hati.... PROGRAM "SAYANGI HIDUP ELAK DADAH SELAMANYA" atau S.H.I.E.L.D.S. Kreatif manusia ni bila di lihat pada acronym program, shield = perisai! Itulah program yang bakal disertai kerjasama JPNWP, AADK, KEM. KESIHATAN dan JPAM. Ermm, melalui meeting dapat dilihat, pelbagai perspektif agensi terhadap insan berisiko ini.
Insan -insan ini telah disaring positif rokok, dadah dan HIV. Kini, tugas membantu, pencegahan dan pemulihan. Ligat berfikir, 5W1H..... nak membantu anak-anak ini. Dalam hati berdoa semoga program ini dilaksanakan secara efektif supaya dapat mengetuk pintu hati anak - anak yg sedang membesar ini. Ada yang telah tersasar... ada yang terjebak dan ada yang mangsa keadaan. Ini baru 160 yang dikenalpasti berisiko, diluar sana? Hampir waktu anak tamat sekolah.... persoalan hati masih mencari jawapan..... dimulakan dengan soalan, oh ayah... oh ibu.... rasanya, dimana anak-anakmu kini? Mari kita berdoa untuk anak - anak kita supaya Allah ilhamkan kita menjadi ibu bapa solehah, Amin
Salaam...erk nak tanya.... JPAM tu singkatan agensi apa ye? dan apa makna 5W1H? sorry...sebab tertanya2 bila membacanya...
ReplyDelete