Saturday, 4 June 2011

BEDUK DIKETUK

Kemas-kemas buku tadi... Buku ini, merupakan salah satu buku 'kesayangan' kerana nilai sentimentalnya. Banyak kebetulan berupa rezeki Allah tanpa disedari. Dulu selalu juga membaca hasil tulisan Ustaz Pahrol yang banyak mengubah persepsi kehidupan dan membantu dalam menjalankan tanggungjawab ubbudiyah dan khalifah. Secara profesional, banyak juga membantu dalam menyampaikan buah biacara yang bernas sesuai dengan profesion yang disandang. Semoga Ilmu ini diberkati Allah dan memberi keberkatan kepada insan yang dibantu.
Petang seperti biasa mengambil anak di rumah Ummi. Terserempak dengan Ustaz dan Ustaz menyapa,"Cikgu dah pergi pesta buku?" Jawabku, "Belum Ustaz, InsyaAllah hujung minggu ini...." "Sekejap..." ucap Ustaz ringkas. Bergegas ke keretanya. Ummi isterinya tersenyum. "Haa... ini dia, sedikit buah tangan untuk Cikgu, terbaru dari saya, InsyaAllah" ucap Ustaz. "Kejap saya tulis sesuatu", dan bergegas semula ke dalam rumah dan kemudia keluar menghulurkan suatu hadiah yang langsung tidak terlintas di dalam hidup ku. Penulis kegemaran itu sendiri yang menghadiahkan bukunya beserta dengan ucapan di dalamnya yang tidak akan aku lupa sampai bila-bila.... "Berhati-hati menjaga HATI" Dalam dan padat maksudnya. Hatiku ucap kagum pada bakat Ustaz dan dia memang seorang yang sederhana. 
Memandu pulang dengan hati yang berbunga-bunga dan penuh bersemangat. Anak-anak tidur, lantas buku dicapai dan dibaca satu persatu.
Ya Allah, bersyukurnya direzekikan pemberian yang sgt berharga ini. Memanglah ianya hanya sebuah buku, tetapi cukup 35 siri beduk untuk mengetuk hatiku yang mudah lupa ini.... Posting kali ini untuk berkongsi dengan rakan pembaca untuk sama - sama memiliki buku ini. Semoga kisahnya berjaya mengetuk hati untuk menjadi insan yang lebih berhati-hati di dalam gerak kehidupan kita.... sudi-sudilah lawati   http://www.stormreaders.net/littlebookhut. Sehingga di lain posting dan selamat berbuka puasa dan menunaikan ibadat maghrib kepada semua rakan muslimin dan muslimat. Salam dari saya....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...