Mula kepala ligat mengingati semula kata-kata mutiara yang pernah dikutip dan dijadikan semula benteng kekuatan diri. Allah maha besar... Allah maha pemurah. Dalam mencari... ada cara DIA menyampaikan hikmahnya. Diri sedar, rupanya... pengalaman yang pernah dilalui adalah rahmat pemberian Allah (seperti mengingati kata-kata sahabat saya seperti di atas). Cuba bayangkan kita lalui hari - hari tanpa mengingati apa yang kita lakukan semalam? Tidak ada satu pun memori - KOSONG. Pernah tak tonton filem 50 First Dates (2004)? atau dalam versi movie melayu pun ada jugak.... Seribu Kali Cinta (2010) (hehehe, hati tercuit, orang melayu ni mmg hebat bab cinta ni kan, org putih pilih 50 kali je, org melayu 1000 kali, jgn kecil hati, kebetulan ada perbandingan)
Haa... kan ker jenuh nak ulang buat perkara yang sama berkali-kali setiap hari? Cerita-cerita di atas pasal kekasih yang dicintai itu amnesia, tak ingat jadi kena sabar menghadapi orang seperti ini..... Tapi sebab cinta, segala-galanya di atasi (hehehehe, motivasi cinta ni). Jadi kalau kita cuba aplly cinta ni pada SI DIA, ALLAH, sebab cintakan Allah, segala-galanya hidup, jiwa dan raga pada Tuan Punya Alam. (Saya pun secara jujur sedang belajar menyintaiNya....InsyaAllah)
Jadi kesimpulan yang saya nak katakan di sini sebelum saya menutup laptop ini adalah; Hargailah pengalaman dan ingatan. Kalau hilang ingatan, kesian kita kan.....bila pengalaman tak ingat dah jadi orang yang 'sakit'. Sah-sah orang akan kata kita GILA. Macamana nak menghargainya? belajar dari pengalaman yang baik dan belajar juga dari pengalaman yang tidak baik utk elak dari berulang. InsyaAllah. Bila kita belajar kita adalah orang - orang yang bersyukur atas nikmat kurniaan Allah iaitu nikmat akal fikiran dan nikmat pengalaman.
Saranan saya lagi, bergaul lah dengan orang yang mempunyai ilmu yang baik, rendahkanlah diri untuk membuatkan kita merasakan diri tidak pernah cukup -MENCARI ILMU.
Sekian untuk kali ini... Saya berdoa kepada Allah semoga perkongsian ini akan membuahkan kebaikan kepada yang membaca dan kepada diri saya... InsyaAllah, Amin.
p/s: Tontonlah yer.... lucu.... and sweet... tapi sekadar tontonan sahaja tau. Ambil yang baik dan yang tak baik itu kita minta jauhkan, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment