Monday, 13 June 2011

6 TERAPI AJAIB: IMAN AWET MUDA

Alhamdulilah, diberikan kekuatan daripada Allah untuk meneruskan posting ketiga saya untuk hari ini, seperti matlamat yang saya tetapkan untuk hari ini. Matlamat untuk esok, masih ditimbang - tara kerana sebagai manusia biasa yang lemah, saya agak keletihan di hari pertama bekerja selepas 2 minggu cuti sekolah. Bukan menyugut, tetapi berusaha menjadi seorang yang realistik dan tidak sewenang-wenang menjanjikan sesuatu yang tidak terjangkau. Hari pertama bekerja, surat - surat dan aktiviti bulanan di semak. Gelus hati.... jadual bulan ini agak padat. Esok ada mesyuarat, minggu depan ada kursus 2 hari, dan minggu seterusnya 'outstation'. Tigu minggu yang padat tetapi bukan alasan untuk mengurangkan usaha.... lintas hati mengetuk.... biar sederhana tetapi istiqamah. Awal saya mohon maaf, jika diri lemah dan mengharapkan sokongan positif. Bercakap mengenai sokongan, ALhamdulilah, saya berterima kasih kepada yang sudi membaca perkongsian saya. Alhamdulilah, di kala menulis, hit pengunjung telah mencecah 123. Ada sedikit peningkatan dan saya berdoa pada Allah supaya usaha saya ini terus diterima baik daripada pembaca. Jauh di dalam hati, saya amat bersyukur dan semoga ianya menjadi motivasi yang positif untuk saya terus berkongsi, InsyaAllah.

Perkongsian yang ingin saya isikan di sini berkaitan petua; Orang melayu memang terkenal dengan pengamalan petua yang baik-baik. Jadi petua yang ingin saya kongsi ini adalah petikan daripada Majalah FArdhu Ain, Kolum Wali Allah hasil tulisan ustaz Mohd Dzul Khairi Mohd Noor. Mari kita lihat:

1. Tutuplah pintu kesenangan, Dan bukalah pintu kesengsaraan.
2. Tutuplah pintu kesombongan, Dan bukalah pintu kerendahan.
3. Tutuplah pintu bersantai, Dan bukalah pintu perjuangan.
4. Tutuplah pintu tidur, Dan bukalah pintu berjaga malam
5. Tutuplah pintu kekayaan, Dan bukalah pintu kemiskinan
6. Tutuplah pintu harapan, Dan bukalah pintu persiapan menghadapi kemiskinan kematian (hehehe, tak perasan silap, pagi ni baru perasan).

Bunyinya agak menarikkan? mengelirukan? mengujakan? setiap terapi itu ada diterangkan secara santai di muka surat 95. "Enam terapi ini, percayalah jika diamalkan akan menjadikan iman kita sentiasa awet muda, taqwa kekal remaja, semangat tawakal sentiasa melimpah ruah dan akhirnya ia akan membuatkan kita benci pada dosa sebagaimana benci untuk dicampakkan ke dalam neraka......

Selamat merenung dan berfikir tentang keenam-enam terapi ini...... saya alu-alukan perbincangan untuk bertukar-tukar rasa dan buah fikiran. Semoga ianya dapat membina ukhwah yang sedang diperjuangkan, InsyaAllah, AMin


Harga Majalah : RM 10.00
Hubungi saya jika berminat memilikinya atau beli melalui e-Store saya
azila79aziz@gmail.com
juga terdapat di kedai buku berhampiran

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...