Posting kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang HADIAH. Di dalam kehidupan kita, sering mengalami peristiwa istimewa seperti hari lahir, perkahwinan, sambutan ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Persoalan hadiah timbul, iaitu mencari hadiah yang sesuai. Di sini saya ingin berkongsi makluman mengenai kebaikan kita menghadiahkan buku sebagai jariah. Buku - buku yang dapat menambahkan ilmu, akan menjadi sedekah jariah kita. Bayangkan, jika orang yang menerima hadiah atau sedekah jariah kita dan mengamalkannya, selama itulah menjadi bekal kepada kita apabila sudah meninggal dunia nanti. Islam adalah agama yang comprehensive. Bayangkan, contohnya; jika kita menghadiahkan buku berkaitan doa kepada pasangan pengantin baru, kemudian ilmu daripada buku itu diamalkan dan pasangan tadi mengajar pula anak-anaknya berdoa seperti yang diunjurkan di dalam buku yang dihadiahkan oleh kita... renungkan, betapa besar rahmat ganjaran untuk bekal kita di sana nanti. Wallahualam. Niatkanlah menghadiahkan buku dan bahan-bahan ilmu semata-mata untuk mencari REDHA ALLAH dan semoga niat yang baik ini akan menjadikan kehidupan kita juga lebih baik dan bertakwa. InsyaAllah... Renung-renungkan yer
Di littlebookhut.blogspot.com, ada menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran hadiah dengan harga yang berpatutan. Kepada yang berminat, boleh email kepada azila79aziz@gmail.com untuk pertanyaan. Hanya pilih dan bayar, selebihnya kami uruskan sehingga sampai kepada orang yang hendak dihadiahkan, InsyaAllah.
SELAMAT BERAMAL JARIAH... SEMOGA KITA MENDAPAT REDHANYA
No comments:
Post a Comment