TRANSFORMER : DARK OF THE MOON |
Saya berharap posting saya ini dapat membantu diri saya sendiri sebagai seorang hamba ke Allah, pengikut ke Rasulullah, anak kepada kedua ibubapa saya, ibu kepada anak-anak saya, guru kepada anak-anak murid saya, rakan kepada sahabat-sahabat saya dan ahli di dalam ummah dunia. Harapan saya juga semoga kepada yang membaca dapat mengambil manfaat yang ingin saya kongsikan.InsyaAllah.
Rajah Proses Transformasi Akhlak |
Seperti di dalam rajah di atas; jika kita ingin membentuk akhlak pada diri kita atau anak - anak (sebagai ilmu parenting) kita harus mulakan dengan hukum INSIDE --> OUT, dibentuk dari dalam keluar. Bagaimana?
INPUT
Ulangkaji semula tentang rukum iman. Tanya kepada diri kita tentang keenam-enam rukun yang disuratkan di dalam rukum iman. Mulakan satu - persatu menyemak di manakah kita letakkan kepercayaan dan keimanan kita. Adakah kita beriman kepada Allah? seterusnya beriman kepada para malaikat, kitab - kitab, para rasul, qadak dan qadar dan hari kiamat. Saya pasti setiap daripada kita mempunyai jawapan mengikut diri masing-masing. Apabila kita telah timbul keyakinan terhadap rukun iman ini, saya pasti ia akan menimbulkan impak yang cukup kuat kepada diri seseorang. Contohnya: Adakah kita beriman kepada Allah? semak dan terus semak.... kenalilah Allah . begitu juga dengan rukun-rukun yang lain.Jika kurang tambahkan input-input ini dengan mencari ILMU berkaitan dengannya. InsyaAllah, dalam mencari kekuatan, berdoalah pada Allah mohon panduan.
PROSES
Input - input yang telah kita dapat daripada rukun iman perlulah kita proses untuk menjadikan input - input tadi seperti output yang diharapkan, iaitu akhlak yang baik. Daripada kesedaran mengenai rukum iman, tindakan perlu diambil untuk memanifestasikan keyakinan kita. Bagaimana? semak pula rukun Islam. Bermula daripada mengucap dua kalimah syahadah, kemudian kita jiwai solat, hayati puasa, berkongsi zakat dan berkorban menunaikan haji. Mana mungkin untuk kita menghidupkan semua ruh-ruh ibadat ini tanpa membina keyakinan tauhid rukun iman..... Bagaimana hendak proses jika tiada input untuk diproses? Tetapi, cantiknya Islam ini, proses ini merupakan suatu proses yang spiral. Jika tersangkut, kita patah balik untuk semak dan kemudian maju lagi. Maknanya, andai keyakinan dan input kurang, dapatkan lagi banyak input tentang keimanan untuk menambahkan kemajuan dalam proses pembentukan akhlak. Saling kait antara proses rukun iman dan rukun islam ini akan melahirkan output iaitu IHSAN.
OUTPUT
Output daripada input Rukun Iman dan proses Rukun Islam adalah Ihsan. Ihsan merupakan impak daripada keyakinan rukun iman dan pengalaman ibadat rukun islam. Lahirlah rasa ihsan dalam diri seseorang yang penuh rasa cinta, takut, hina, miskin, jahil dan pelbagai rasa KEHAMBAAN kepada Sang Pencipta Allah. Rasa - rasa ini yang akan mengawal gerak laku dan tingkah dalam kehidupan. Ihsan yang penuh akan merasa diri diperhatikan olehNya kerana diri telah faham tentang keimanan dan tanggungjawab ibadat. Jadi, mahukah kita membuat salah laku? dan jika terlalai, tentu insan yang mempunyai ihsan akan lekas-lekas bertaubat tanpa lengah kerana takut murkaNya.
Itulah sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat yang sudi membaca penulisan saya yang saya kira masih sangat lemah. Namun, saya mesti mencuba daripada menjadikan tidak pandai sebagai alasan untuk tidak mencuba langsung. Jari-jari yang ligat menaip ini adalah anugerah Allah, takut jari-jari ini akan mendakwa diri sendiri di sana nanti kerana hanya pandai melayari dan klik pada benda-benda yang lalai tetapi tidak digunakan untuk berkongsi kebaikan. Ya Allah, ampunkan diriku, dan sahabat-sahabatku yang ingin kembali kepada MU.
InsyaAllah, berdoa pada Allah direzekikan lagi kekuatan untuk berkongsi lagi.... Marilah kita sama-sama mulakan perjalanan mencari INPUT dengan mengenali RABB. Bagaimana untuk mulakan....? berdoalah pada Allah dan InsyaAllah.... mulakan langkah dengan membuat ulangkaji Rukun Iman dan Rukun Islam. JOm kita!
P/S: Jika nak baca artikel berkaitan dan lebih tersusun bahasanya boleh dapatkan MAJALAH SOLUSI #28 Isu. Jom jadi ahli Stormreaders, boleh miliki tiap-tiap bulan majalah ini sambil menjana pendapatan, InsyaAllah. apapun, yang penting cari RedhaNya dan Ilmu. Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment