Tadi aku sempat berjalan sambil bersiul-siul gembira di laman web angkasa. Bukan laman web angkasa lepas yang dihasilkan oleh Alien tetapi ia adalah Laman Web Rasmi Planetarium Negara.
Sesuatu yang menarik minat aku adalah info berkaitan program gerhana bulan penuh atau dalam bahasa Inggeris nya dikenali sebagai Total Lunar Eclipse.
Haaa.... saya nak pergi.... saya nak pergi.... ANDA?
Sesuatu yang menarik minat aku adalah info berkaitan program gerhana bulan penuh atau dalam bahasa Inggeris nya dikenali sebagai Total Lunar Eclipse.
Pada 16 Jun 2011, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Penuh dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi.Sempena Gerhana Bulan Penuh ini, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama Program Gerhana Bulan Penuh bertempat di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 16 Jun 2011 jam 1:00am hingga 7:00am.
Orang awam adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan. Orang awam boleh juga membawa teleskop sendiri untuk program ini.
Bagi 1000 orang pengunjung terawal, akan diberikan sekotak Eclipse Mints, sumbangan daripada The Wrigley Company (M) Sdn. Bhd..
Aturcara Program adalah seperti berikut:
1:00 a.m. – 7:00 a.m. Pencerapan Gerhana Bulan Penuh
Pencerapan Planet Musytari, Marikh dan Zuhrah
Sesi Astrofotografi
Taklimat Gerhana
Kuiz Gerhana
3:00 a.m. – 4:00 a.m. Solat Sunat Gerhana Berjemaah
7:00 a.m. Bersurai
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan berhubung program ini hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4301 / 4303 / 5484 atau emel kepada kami lau@angkasa.gov.my (Cik Lau) / asmidarz@angkasa.gov.my (Cik Asmidar).
sumber: Laman web Planeterium
Wah! Bestnya kalau aku pun dapat berkunjung ke Planeterium negara mengikut aturcara program seperti di atas. huh! Sudah pasti inilah peluang terbaik untuk para jurugambar untuk mendapatkan gambar terbaik Gerhana Bulan Penuh.
Menurut Wikipedia, Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada 21 Disember 2010, pada 08:17 UTC.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gerhana bulan!!! ok! noted. dah set di sticky notes dekstop.
Haaa.... saya nak pergi.... saya nak pergi.... ANDA?
best, xcited si najihah tu ye..bagus2..=D
ReplyDeletesaya teropong dr rumah je le..
jom same2 melakukan solat sunat gerhana..minimum seumur hidup sekali..=D
panduan:solat sunat masa kini oleh Ust Abdul Rahman Mohamed
http://www.stormreaders.net/nProductCode=TBBK1060/onebookstall