Monday, 13 June 2011

DAH CECAH 100.....ALHAMDULILAH, SYUKUR...

Posting saya kali ini mungkin agak lucu kepada orang-orang yang dah sampai ke tahap profesional di dalam dunia blogging ini. Tapi apa yang nak sampaikan adalah ikhlas dan jujur daripada saya. Seperti di dalam posting saya sebelum ini; http://littlebookhut.blogspot.com/2011/06/alhamdulilah-sudah-berusia-seminggu.html saya ada mengupas tentang comment pertama yang saya terima. Dan ketika itu, hit blog saya adalah 325 sahaja. Saya terkejut.... dan sgt bersyukur. Kemudian, saya menyimpan azam untuk mempertajamkan lagi ilmu berkaitan blog untuk memantapkan penampilan blog saya supaya dapat menarik lebih ramai pembaca dan membentuk ukhwah Islam yang saya idam-idamkan, InsyaAllah. Jadi, saya berazam, supaya hari ini, sekurang-kurangnya 100 pengunjung akan mengunjungi blog saya. Jadi saya berusaha dan sentiasa mengingatkan diri supaya memasang niat ikhlas untuk perkongsian dan membina ukhwah.
Usai selesai segala urusan dan menidurkan anak-anak, saya buka blog ini dan terus check hit pengunjung; Alhamdulilah, hati gembira dan bersyukur..... hit telah mencecah 431 dengan seramai 103 pengunjung hari ini. Ini bermakna impian azam saya telah menjadi kenyataan. Bersyukur pada Ilahi, tanpa kekuatan, daya dan izin daripadaNya.... ini semua tidak akan berlaku.
Jadi, perkongsian saya malam ini bukanlah mengenai blog saya, apa yang nak saya buktikan di sini adalah kita perlu;
1. Sentiasa semak diri, cermin diri
2. Tingkatkan Ilmu dengan membuka hati untuk belajar
3. Setkan matlamat dan azam
4. Jaga hati supaya matlamat tidak lari
5. BERDOA dan BERTAWAKAL kepada ALLAH
6. Berfikiran positif
7. Bersangka baik pada diri, orang sekeliling dan Allah
8. Bina kekuatan diri, cari kekuatan diri
9. Jangan cepat berputus asa
10. Sentiasa bersyukur...PENTING NI!

Target saya ialah 100 pengunjung, dan dengan teknologi kita dpt kenal pasti sejauh mana blog kita telah 'menjangkau'..... cuba lihat;
Dari Cracow, Malopolskie, POLAND

Dari Melbourne, Victoria, Australia

Dari Tokyo, JAPAN

Dari POLAND

Dari Singapore

Dari USA

Kepada pembaca, bukanlah tujuan saya untuk berbangga. Tetapi saya nak kita semua renungkan... jika usaha pasti ada hasil. Begitulah yang perlu kita tanamkan di dalam kehidupan kita - "BERUSAHA" dan sebagai muslimin, kita harus berusaha berpandukan AL-QURAN dan SUNNAH serta menjaga AQIDAH kita. InsyaAllah.

Setelah memperolehi hasil, peringatan yang ingin saya ingatkan kepada diri saya..... CABARAN ISTIQAMAH. Bukanlah bila dah 'berjaya' kita harus berhenti berusaha. Usaha harus ditingkatkan dengan istiqamah. Jangan harapkan ganjaran, tetapi teruskan berusaha untuk meraih REDHA ALLAH...

Demikianlah perkongsian saya sebelum melelapkan mata. Untuk esok, jangan lupa rebut ibadat berpuasa sunat di bulan ALLAH ini. Semoga kehidupan lebih baik seterusnya sehingga kita kembali kepadaNYA. InsyaAllah. Sama-samalah kita berusaha yer....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...