Tuesday, 7 June 2011

Masalah itu Pengalaman, Priceless!

Salam buat pembaca, Alhamdulilah... bersyukur pada Allah kerana mengurniakan pengalaman yang tidak dapat nak dibeli di mana-mana. Memang panik bila menghadapi masalah... nak sampai ke tahap bertenang tu memang mencabar. Dalam hati berdoa, Ya Rabb, bantulah aku... buntu! tapi masih juga berusaha kerana tawakal sahaja tiada guna. Dalam hati tak putus mengharap dan mengharap bantuan tiba..... MasyaAllah, detik diuji, bantuan diberi. Terima kasih kepada yang membantu atas izin yang Maha Kuasa. Belajar dalam diri tentang 'penyerahan' dalam usaha. Bila terkenang, bibir tersenyum..... pengalaman yang menjadi pendidikan dan mengutuh keyakinan pada TauhidNya.
Awal pagi bermula dengan tawakal, agar segala urusan dipermudahkan. Ya Allah, mudahkanlah jika ianya baik untuk ku, dan untukku mendapat redhaMu. Pelik, anak-anak tak pula banyak ragam pagi ni? hati gembira dalam berdebar-debar kerana ini pengalaman pertama. Haa... awal sampai, semangat nih!!!! HQ buka jam 9.00 pagi, seawal 8.50 dah tiba. Alhamdulilah, kami tiga beranak selamat sampai. Tepat jam 9.00, kami masuk bagai orang yang asing..... memang asing! anak-anak menjerit, wah! banyaknya buku... setiap seorang mengambil satu majalah dan terus duduk membaca. Dalam hati, selesa sungguh tempat ni. Tak kisah menunggu lama, kerana buku merata-rata.... Eh, kenapa tiba-tiba semua pekerja HQ berkumpul. Kami bagai kera sumbang. Ada seorang yang saya kira-kira 'ketua' di HQ memberikan isyarat 'tidak mengapa... sila duduk....' tanpa bicara. Hati kembali selesa. MasyaAllah..... bagusnya cara mereka bekerja... dimulakan dengan tazkirah pagi dan doa. Sesuai dengan gaya hidup muslimin. Kami tiga beranak mendengar tazkirah... sempat diri memcatat sesuatu. Gembiranya mendapat peluang majlis ilmu, walau ringkas tapi amat bermakna.
Usai tazkirah, barulah segala urusan bermula. Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar dan personel yang membantu sangat sabar melayan masalahku satu persatu hingga akhirnya segalanya berjaya..... Anak-anak gembira riang.... Yey!!!!! dah boleh main portal...... hahahhaa.... Lucu, getus hati ku. Bermula dengan kesilapan dari sikap terburu-buru menjadi satu pengalaman dan rezeki yang amat besar untukku.
Untuk ahli keluarga HQ stormreaders, yang saya baru kenal; terima kasih kerana membantu dan sahabat baru saudara baru Husaini (mobile stokist) terima kasih kerana membantu. Dengan pengalaman ini menjadikan saya mendapat pengetahuan baru untuk membantu sesiapa yang ada masalah seperti saya.
Tiada yang pahit untuk dikenang, melainkan sgt manis untuk menjadi semangat perjuangan ILMU.

1 comment:

  1. Orang pandai belajar dari pengalaman diri, orang cerdik belajar dari pengalaman orang lain..dan Pengalaman diri sendiri yang pasti yang lebih terkesan..
    Teruskan usaha da'wah cikgu..=D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...